MALAYSIA
Murid tahun enam, bapa saudara maut dalam kemalangan di Sri Aman
Seorang murid lelaki tahun enam dan bapa saudaranya maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motovan di Jalan Sri Aman-Lingga, Sri Aman.
KUCHING: Seorang murid lelaki tahun enam dan bapa saudaranya maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motovan di Jalan Sri Aman-Lingga, Sri Aman, kira-kira 180 kilometer dari sini.
Ketua Polis Daerah Sri Aman Supt Dennis Bunyam berkata kemalangan yang berlaku kira-kira 6.20 pagi tadi itu mengakibatkan penunggang yang berusia 60 tahun dan pembonceng maut di tempat kejadian.
Beliau berkata mangsa dalam perjalanan menghantar anak buahnya ke Sekolah Kebangsaan Stumbin, Sri Aman dan siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motovan berkenaan hilang kawalan sebelum melanggar motosikal yang datang dari arah bertentangan.
"Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan. Pemandu motovan yang berusia 77 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mayat dihantar ke Unit Perubatan Forensik hospital berdekatan untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA