awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Murid Tahun Satu maut digilis lori selepas terjatuh motosikal

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
29/04/2021
09:52 MYT
Murid Tahun Satu maut digilis lori selepas terjatuh motosikal
Muhammad Nur Rifqi Khairulamru meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan. - Gambar/ Astro AWANI
KEMAMAN: Seorang murid Tahun Satu maut selepas terjatuh daripada motosikal yang diboncengnya sebelum digilis lori di Kilometer 172 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Kampung Felda Neram di sini, pada Khamis.
Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, Muhammad Nur Rifqi Khairulamru meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.
Nenek dan sepupunya pula mengalami kecederaan ringan.
Difahamkan, motosikal yang ditunggang nenek mangsa berusia 59 tahun tergelincir sewaktu melalui bahu jalan yang agak tinggi.
Keadaan itu dipercayai menyebabkan mangsa terjatuh daripada motosikal sebelum digilis sebuah lori membawa muatan arang batu yang datang dari belakang.
Motosikal itu kemudian hilang kawalan menyebabkan nenek dan sepupu mangsa turut terjatuh di bahu jalan.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat manakala dua lagi yang lain dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk rawatan lanjut," katanya.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#tujuh tahun
#murid Tahun Satu
#digilis lori
#terjatuh daripada motosikal
#Kemaman
#Jabor
#Jerangau
#nenek
#sepupu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan