MALAYSIA
Murid terjejas banjir diberi kelonggaran tidak pakai seragam, PdPR - KPM
KPM berkata, persiapan bagi pembukaan sekolah selepas cuti penggal 2, sesi 2025/2026, termasuk kerja pembersihan serta bantuan penyelenggaraan di sekolah yang terjejas banjir, sedang dilakukan. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Murid yang terjejas akibat banjir diberi kelonggaran untuk tidak memakai seragam sekolah manakala bagi yang terkandas dan tidak dapat hadir ke sekolah, mereka boleh mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), menurut Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini.
Ringkasan AI
Kementerian itu dalam kenyataan turut memaklumkan persiapan bagi pembukaan sekolah selepas cuti penggal 2, sesi 2025/2026, termasuk kerja pembersihan serta bantuan penyelenggaraan di sekolah yang terjejas banjir, sedang dilakukan.
"KPM menyediakan bantuan terbaik kepada murid terjejas, termasuk dari segi penyediaan bahan pembelajaran serta sokongan psikososial dan emosi," menurut kenyataan itu.
KPM meminta ibu bapa, penjaga murid, guru, pegawai dan anggota kumpulan pelaksana yang terjejas untuk memaklumkan situasi masing-masing kepada pihak sekolah atau jabatan.
"Pihak sekolah dan pejabat pendidikan daerah diminta untuk mendapatkan maklumat terkini situasi banjir daripada sekretariat jawatankuasa pengurusan bencana negeri, jabatan pendidikan negeri dan agensi berkaitan.
"KPM memberi keutamaan kepada aspek keselamatan dan kesejahteraan seluruh warganya," menurut kenyataan itu.
KPM memaklumkan setakat 8 pagi tadi, sebanyak 69 sekolah di Sabah dan Sarawak terkesan banjir merangkumi 33 sekolah rendah dan lima sekolah menengah di Sabah manakala di Sarawak melibatkan 28 sekolah rendah dan tiga sekolah menengah.
"Sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di premis institusi pendidikan KPM negeri Sabah sedang beroperasi," menurut kementerian itu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Murid yang terjejas akibat banjir diberi kelonggaran untuk tidak memakai seragam sekolah dan boleh mengikuti sesi PdPR jika tidak dapat hadir ke sekolah, dengan KPM menyediakan bahan pembelajaran serta sokongan psikososial dan emosi.
- KPM sedang melaksanakan kerja pembersihan dan penyelenggaraan di sekolah yang terjejas banjir sebagai persiapan pembukaan semula selepas cuti penggal 2 sesi 2025/2026, dan meminta semua pihak terlibat memaklumkan situasi masing-masing kepada sekolah atau jabatan.
- Setakat 8 pagi, sebanyak 69 sekolah di Sabah dan Sarawak terkesan banjir, manakala tujuh PPS di premis institusi pendidikan KPM negeri Sabah sedang beroperasi, dengan keutamaan diberikan kepada keselamatan dan kesejahteraan warga KPM.