KUALA LUMPUR: Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menasihatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor agar menjaga percakapan di pentas politik.
Hashim berkata, Muhammad Sanusi perlu memastikan apa yang diucapkan tidak menyentuh sensitiviti berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R) hingga menimbulkan kontroversi.
Teguran itu hadir susulan ucapan Muhammad Sanusi dalam satu ceramah baru-baru ini yang dikatakan seolah-olah memperlekehkan Sultan Selangor.
Hashim berkata, pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) perlu lebih bertenang dan berlapang dada.
“Sanusi ke… tak kiralah pemimpin mana pun, perlu lebih bertenang,” katanya seperti dilaporkan portal Free Malaysia Today.
Susulan ucapan tersebut, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Muhammad Sanusi disiasat bagi kesalahan berkait perkara 3R.
Sebelum itu, Muhammad Sanusi yang juga menteri besar Kedah turut mencetuskan kontroversi menerusi sesi podcast Keluar Sekejap disiarkan Isnin lalu dengan mendakwa orang bukan Islam paling ramai ditangkap atas kesalahan memberi dan menerima rasuah.
Mengakui Muhammad Sanusi sebagai pemimpin Pas “yang agak keras”, Hashim berkata, ucapan menyentuh sensitiviti seolah-olah sukar dielak ketika masing-masing berada dalam mood pilihan raya.
“Bila berada atas pentas (ceramah politik) kemungkinan itu ada (tidak boleh kawal percakapan) kerana kita dalam mood pilihan raya.
“Perkara itu boleh timbul,” katanya lagi.
Hashim juga mengharapkan semua pihak boleh berlapang dada dan memaafkan sesama sendiri untuk mengelak pertikaian itu berlanjutan hingga ke mahkamah.
Astro Awani
Thu Jul 13 2023
Hashim juga mengharapkan semua pihak boleh berlapang dada dan memaafkan sesama sendiri untuk mengelak pertikaian itu berlanjutan hingga ke mahkamah. - Gambar fail
Penyasaran subsidi diesel tidak beri kesan berantai kepada Sabah, Sarawak dan Labuan
Langkah penyasaran subsidi diesel di Semenanjung yang bermula hari ini sepatutnya tidak memberi kesan berantai sehingga menyebabkan kenaikan harga barang keperluan di Sabah, Sarawak dan Labuan.
AWANI Ringkas: Kesesakan Cameron Highlands perlu diatasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cukup bersediakah Portugal & Ronaldo masih berbisa?
Kini, misi besar digalas oleh Roberto Martinez untuk meletakkan Portugal sebagai satu pasukan yang 'digeruni', sekali gus memberikan saingan hebat dalam Euro 2024.
Sekat kenaikan pangkat jika sorok salah laku lahirkan penjawat awam cakna tanggungjawab - Cuepacs
Ia perlu dilihat sebagai langkah memastikan perkhidmatan awam sentiasa berada pada tahap terbaik.
Yat Tex Garage sewa satu panggung tonton The Experts
Keterujaan menonton Filem The Experts membuatkan kumpulan motosikal berkuasa besar Yat Tex Garage sanggup menyewa satu panggung bagi menyaksikan naskhah berkenaan.
Fahmi sampaikan Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Agong kepada Tun Juhar
Fahmi hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu di sini bagi menyampaikan Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim.
Kualiti peserta Debat MRSM Se-Malaysia Piala TPM 2024 meningkat ketara
Kualiti lebih 500 pendebat yang mengambil bahagian dalam Debat MRSM Se-Malaysia Piala Timbalan Perdana Menteri 2024, meningkat dengan ketara sekali.
Sehubungan itu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, menganjurkan agar pemenang debat diberi pendedahan dalam pertandingan di peringkat universiti, termasuk di peringkat antarabangsa.
Sehubungan itu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, menganjurkan agar pemenang debat diberi pendedahan dalam pertandingan di peringkat universiti, termasuk di peringkat antarabangsa.
MAHA 2024 menggagas peluang dan inovasi pertumbuhan pertanian global
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024 yang akan diadakan pada 11 hingga 22 September 2024 di MAEPS, Serdang, merupakan MAHA edisi khas 2024 sempena meraikan 100 tahun penganjuran.
Pra sambutan ulang tahun ke-248 kemerdekaan Amerika Syarikat
Sempena pra sambutan hari kemerdekaan Amerika Syarikat yang ke 248 oleh kedutaanya di Kuala Lumpur.
Namun di sebalik sambutan itu, kita kedengaran suara-suara di luar yang menggesa Amerika Syarikat supaya tidak terus mendiamkan diri berhubung isu Palestin.
Perincian lanjut kita bersama rakan setugas Umavathi Ramayah.
Namun di sebalik sambutan itu, kita kedengaran suara-suara di luar yang menggesa Amerika Syarikat supaya tidak terus mendiamkan diri berhubung isu Palestin.
Perincian lanjut kita bersama rakan setugas Umavathi Ramayah.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US disebabkan kekurangan minat belian sementara Indeks Dolar Amerika Syarikat (DXY) mencatatkan kenaikan, melepasi paras 105 mata.
Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.
Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak
Pas menyifatkan syor mewujudkan satu RUU bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.
Isu Ashabul Kahfi: Boleh kupas tapi jangan cerca, hina, kutuk - PM Anwar
Anwar berkata pandangan beliau disalah tafsir, dikupas sehingga ada yang mencerca dan baginya, tindakan itu adalah keterlaluan dan tidak sepatutnya terjadi.
Lebih 10,000 sertai Himpunan 10K Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan AS
Lebih 10,000 orang menyertai Himpunan 10k Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara pada Sabtu.
Muktamar ke-69: Jangan jadi 'penebuk kapal', pesan Abdul Hadi kepada ahli Pas
Sekiranya kerajaan negeri pimpinan Pas ada kelemahan, ahli tidak seharusnya menumpang untuk meruntuhkan kerajaan tersebut.
Muktamar ke-69: Tiada pertandingan bukti Pas amal 'demokrasi paling hebat' - Takiyuddin
Pas memberikan ruang dan peluang seluasnya kepada akar umbi di kawasan untuk menentukan kepimpinan di peringkat pusat.
'Lembu dicucuk hidung' cubaan laga-lagakan Bersatu, Pas - Mohd Amar
Mohd Amar sifatkan tindakan menggelar parti Bersatu sebagai 'lembu dicucuk hidung' oleh Pas merupakan cubaan untuk melaga-lagakan kedua-dua parti.
Pas pegang prinsip al-din punca DAP tolak hubungan - Abdul Hadi
Pas sama sekali tidak akan berganjak daripada prinsip Islam, al-din yang mana bukan fahaman agama mengikut takrif sekularisme seperti DAP.
Abdul Hadi dipanggil ke Bukit Aman sekali lagi
Setiausaha politiknya Syahir Sulaiman memaklumkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan media, pada Isnin.
MCA, NGO tak wajar pertikai Modul Hadis 40 Imam Nawawi - Ulamak Pas
Datuk Ahmad Yahaya berkata, pembelajaran dan penghayatan hadis itu bukan suatu kesalahan yang perlu dibimbangkan.