awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Tapak pelancaran roket: MOSTI lakukan kajian awal permohonan Sabah, Pahang
MALAYSIA
Angkasa menuju era digital, ubah landskap koperasi - Abdul Fatah
BISNES
Ringgit dibuka teruskan momentum mengukuh, dolar AS kekal lemah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Musa Hassan fail tuntutan nusyuz terhadap isteri

Sinar Harian
Sinar Harian
31/03/2023
12:24 MYT
Musa Hassan fail tuntutan nusyuz terhadap isteri
Musa yang diwakili peguam syarienya bagaimanapun tidak mendedahkan butiran tuntutan terhadap Puan Sri Elly Afizahwati secara terperinci.
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah, di sini pada Jumaat, sehari selepas wanita itu memfailkan permohonan cerai di mahkamah sama di Shah Alam.
Bagaimanapun, Musa, 72, yang hadir di mahkamah pada jam 2.45 petang dengan diwakili peguam syarienya, Mohd Rifahmi Abdul Musikin tidak mendedahkan butiran tuntutan terhadap Puan Sri Elly Afizahwati Abdul Jalil, 42, secara terperinci.
Bagi prosiding berkenaan, mahkamah menetapkan 5 April depan untuk sebutan semula kes.
Ditanya mengenai penafian isterinya, sebagai individu yang menyebarkan video berkenaan sehingga tular di media sosial, Musa berkata, ia perlu dirujuk dengan pihak polis.
Krisis rumah tangga Musa kembali diperkatakan apabila isterinya memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pada Khamis.
Ibu kepada seorang anak lelaki berusia lapan tahun, yang juga bekas ahli perniagaan, memfailkan permohonan berkenaan kerana shiqaq (perbalahan berpanjangan).
Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 2 Ogos 2013 lalu dan dikurniakan seorang anak.
Pada 9 Mac lalu, Musa berkata, masalah rumah tangga yang dihadapinya itu bukanlah baharu sebaliknya berlarutan hampir tiga tahun, malah mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak enam bulan lalu.
Beliau turut menggesa orang ramai supaya menghormati privasinya.
Sebelum ini, tiga klip video berdurasi sembilan saat, 56 saat, dan 10 saat dimuat naik pengguna Twitter memaparkan pertelingkahan antara sepasang suami isteri yang turut disaksikan seorang kanak-kanak.
Polis mengesahkan, telah membuka kertas siasatan berhubung satu kejadian membabitkan Musa dan isterinya, yang rakaman video berkenaan tular di media sosial sejak awal bulan ini.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Musa Hassan
#mahkamah
#nusyuz
#cerai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami