MALAYSIA
Musim banjir: Universiti diberi fleksibiliti buat kelas dalam talian - Zambry
Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, berkata peringatan awal serta penyediaan prosedur sudah dilaksanakan setiap tahun termasuk bagi negeri di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah memulakan persiapan kemungkinan musim banjir hujung tahun ini membabitkan universiti yang berada di negeri- negeri berisiko.
Ringkasan AI
Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, berkata peringatan awal serta penyediaan prosedur sudah dilaksanakan setiap tahun termasuk bagi negeri di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.
“Banjir seperti yang kita tahu sejak tahun lalu sampai tahun ini, kita sentiasa memberi peringatan dan membuat persiapan khususnya di negeri yang sering terbabit dengan banjir.
“Di peringkat universiti, biasanya kita memberi ruang kepada mereka untuk membuat persiapan yang diperlukan,” katanya.
Zambry berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau persiapan penganjuran Festival Of Idea (FoI) Putrajaya yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
Ulasnya lagi, universiti turut diberi ruang fleksibiliti untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian sekiranya banjir menjejaskan operasi di kampus.
Zambry turut mengesahkan pelaksanaan kelas dalam talian adalah antara prosedur yang dibenarkan ketika banjir berlaku.
“Itu antara prosedur kita yang mana sekiranya berlaku hal seperti itu, pembelajaran online (secara dalam talian) boleh dilaksanakan. Kita memberi kebenaran itu kepada universiti, mengikut kebijaksanaan serta keperluan masing-masing,” katanya.
Ringkasan AI
- KPT telah memulakan persiapan awal bagi menghadapi kemungkinan banjir di hujung tahun, khususnya melibatkan universiti yang terletak di negeri berisiko seperti Pantai Timur, Sabah dan Sarawak, dengan prosedur tetap dilaksanakan setiap tahun.
- Universiti diberi ruang untuk membuat persiapan sendiri dan melaksanakan pengajaran serta pembelajaran (PdP) secara dalam talian sekiranya banjir menjejaskan operasi kampus, sebagai sebahagian daripada prosedur yang dibenarkan oleh kementerian.
- Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menegaskan bahawa fleksibiliti PdP dalam talian adalah langkah penting untuk memastikan kelangsungan akademik tanpa mengabaikan keselamatan pelajar dan warga universiti.