KUALA LUMPUR: Telaga aktif sumber air bawah tanah atau telaga tiub di negara ini mempunyai rizab yang mencukupi untuk menghadapi sebarang kemungkinan jika berlakunya bencana pada musim kering susulan peralihan Monsun Barat Daya.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) berkata berdasarkan data Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), terdapat 5,563 telaga tiub di seluruh negara untuk menghadapi kesan peralihan cuaca itu.
Menurutnya Mesyuarat Penyelarasan bagi Menghadapi Cuaca Panas dan Kering yang diadakan semalam, JMG diarahkan membuat pemetaan atau pemadanan lokasi telaga tiub dengan kawasan titik panas di kawasan berisiko bagi memastikan pengurusan bencana dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
"Monsun Barat Daya bermula sejak 14 Mei menyebabkan tiupan angin utama dari arah barat daya dan secara amnya Malaysia mengalami kurang hujan, khususnya di Semenanjung dan Sarawak selain boleh mengakibatkan jerebu jika berlaku pembakaran terbuka tidak terkawal," menurutnya dalam kenyataan semalam.
Mesyuarat itu turut menetapkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bertanggungjawab menyampaikan pemakluman hari tanpa hujan sekurang-kurangnya tujuh hari berturut-turut (setiap hari) kepada Jabatan Alam Sekitar dan agensi berkaitan serta mengeluarkan nasihat sekiranya terdapat tanda-tanda akan berlaku jerebu rentas sempadan.
Selain itu persiapan lain termasuk pemantauan kemarau akan dilakukan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) secara mingguan dan bulanan menerusi Pusat Operasi NAWABS (National Water Balance Management System).
Menurut Nadma secara keseluruhan untuk analisis hujan tiga bulan semasa menunjukkan hampir keseluruhan negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak menerima hujan melebihi paras normal.
"Hanya beberapa tempat yang menunjukkan keadaan sederhana kering seperti Serian dan Sri Aman, Sarawak dan sebahagian kecil kawasan di negeri Johor dan Melaka.
"Keseluruhan Terengganu dan sebahagian kawasan di Kelantan dan Pahang menjadi kawasan paling tinggi menerima hujan untuk tiga bulan semasa berbanding hujan kumulatif Purata Jangka Panjang (LTM)," menurut kenyataan itu.
Nadma turut menasihatkan agar semua yang terlibat dalam pengurusan bencana sentiasa bersiapsiaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan terutama susulan dari cuaca panas dan kering seperti jerebu, kebakaran hutan serta penurunan aras air empangan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 18 2022

Menurut Nadma, secara keseluruhan untuk analisis hujan tiga bulan semasa menunjukkan hampir keseluruhan negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak menerima hujan melebihi paras normal.

Pensyarah kanan didakwa salah guna dana projek penyelidikan, palsukan invois
Seorang pensyarah kanan didakwa atas lima pertuduhan menyalahgunakan dana projek penyelidikan bernilai RM32,000 dan satu pertuduhan menggunakan invois palsu bernilai RM10,100, lima tahun lepas.

AWANI Ringkas: Prosiding bela diri Ahmad Zahid | Hakim tegur Guan Eng
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ditutup sebahagian malam ini
Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) akan ditutup sebahagian di kedua dua arah selama 30 minit bermula jam 11 malam ini.

Kesihatan | Kelantan, Terengganu, Pahang dan Putrajaya catat masalah bantut
Kerajaan mensasarkan masalah bantut rakyat Malaysia dapat dikurangkan kepada 8 peratus menjelang tahun 2030. Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, negara kini sedang berdepan beban berganda malpemakanan terutama dalam kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun serta peningkatan kadar obesiti dalam kalangan dewasa.

Masalah bantut | Isu akses harga protein dan susu juga dibincangkan - Khairy
Jelas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, Jawatankuasa Khas Memerangi Masalah Beban Berganda Melpemakanan Dalam Kanak-Kanak di Malaysia yang diwujudkan akan membincangkan serta memberi syor masalah bantut.

KKM | Sentiasa beri garis panduan taska dan tadika - Khairy
Khairy Jamaluddin menjelaskan Kementerian Kesihatan (KKM) menyediakan garis panduan makanan bagi setiap tadika berdaftar di negara ini. Ujarnya, menjadi kebimbangan sekiranya ada tadika yang tidak berdaftar dan tidak mengikut pemakanan yang sesuai.

Baru empat hari ditayangkan, filem Mat Kilau raih kutipan RM11 juta
Kejayaan meraih kutipan jualan tiket RM11 juta memberikan tanda aras baharu pada filem tempatan.

JDT-Mauricio berpisah selepas empat tahun
Kekosongan posisi yang ditinggalkan Mauricio dos Santos Nascimento menghangatkan lagi spekulasi muka baru yang bakal memperkuatkan JDT.

Gempur sarang dadah di PPR, polis berkas 229 penagih, pengedar
Operasi itu dijalankan oleh PDRM dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Wilayah Persekutuan dari 21 Jun hingga 23 Jun.

WUF11 | Pendekatan 'silo' tidak selesaikan isu bandar
Krisis kekurangan bekalan makanan yang sedang dihadapi hari ini mungkin dapat diselesaikan dengan lebih baik sekiranya isu perbandaran diselesaikan secara menyeluruh dan berintegrasi. #WUF11 #AWANIxWUF

Musim kering: Rizab telaga air bawah tanah negara mencukupi - Nadma
berdasarkan data JMG, terdapat 5,563 telaga tiub di seluruh negara untuk menghadapi kesan peralihan cuaca itu.

Dewan Rakyat: Kurang kakitangan, struktur 'top heavy' sukarkan tugas NADMA - Mastura
Antara kelemahan ketara dikenal pasti susulan kejadian banjir sewaktu Monsun Timur Laut 2021/2022 adalah isu 'chain of command' di dalam pelaksanaan mekanisme tindak balas bencana.

MOSTI bantu Nadma analisis pergerakan tanah guna teknologi penderiaan jauh
Analisis berkenaan dibuat menggunakan teknologi yang dibangunkan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

Mangsa banjir di Johor, Melaka dan Selangor menurun pagi ini
Setakat pagi ini 284 orang daripada 73 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara berbanding 83 keluarga semalam.

Banjir: Lapor air paras buku lali dan betis, 'admin' Facebook NADMA mohon maaf
Kejadian banjir yang berlaku di ibu negara sudah tentu membimbangkan semua pihak terutama penduduk di kawasan terjejas.

Dewan Rakyat: NADMA keluar notis kesiapsiagaan banjir Pantai Timur sejak 23 Feb - Abd Latiff
Abd Latiff berkata notis tersebut telah dikeluarkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC).

Banjir: 98 PPS di Terengganu, 54 PPS di Kelantan diaktifkan - Nadma
Pengaktifan PPS tersebut adalah bagi melindungi 4,600 mangsa daripada 1,435 keluarga.

NADMA, agensi penyelamat dikerah bantu mangsa banjir - PM
Pasukan penyelamat termasuk Agensi Pengurusan Bencana dan Negara (NADMA) telah dikerah bagi membantu memindahkan mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan, sejak Sabtu, kata Perdana Menteri.

PKRC MAEPS 2.0 ditutup secara rasmi 8 Feb ini
Setelah 14 bulan memberikan khidmatnya, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) 2.0, akan ditutup secara rasmi pada 8 Feb ini.

Banjir: 119,626 ketua isi rumah layak terima BWI - Nadma
Seramai 119,626 Ketua Isi Rumah (KIR) layak untuk menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) setakat 8 pagi hari ini, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).