ALOR SETAR: Musim panas dan kering yang melanda negara khususnya di Kedah dilihat tidak memberi kesan terhadap aktiviti tanaman padi di Kawasan Muda, kata Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
MADA dalam kenyataan hari ini memaklumkan prestasi kemajuan tanaman padi bagi Musim 2/2023 sehingga hari ini telah mencapai 99.3 peratus melibatkan kawasan seluas 100,011 hektar.
"Manakala peringkat berbunga sebanyak 80.3 peratus dengan keluasan 80,831 hektar, tanaman masak sebanyak 38 peratus dengan keluasan 38,282 hektar dan sebanyak 12.1 peratus atau seluas 12,208 hektar padi pula telah dituai," katanya.
Menurut MADA, jumlah takungan air ketiga-tiga empangannya pula berada pada paras selesa dan mencukupi bagi menampung keperluan sumber pengairan untuk aktiviti tanaman padi musim ini.
Katanya, takungan air di Empangan Pedu berada pada kadar 71.71 peratus, Empangan Muda (72.80 peratus) dan Empangan Ahning (93.96 peratus).
Selain itu, MADA memaklumkan jumlah hujan di Kawasan MUDA merekodkan bacaan lebih rendah iaitu 12 milimeter (mm) berbanding purata hujan selama 20 tahun iaitu 47mm tidak akan menjejaskan aktiviti tanaman musim ini yang dijangka selesai pada penghujung bulan depan.
Beliau berkata bagi menghadapi musim cuaca kering, MADA tetap mengambil langkah berjaga-jaga danmelakukan tindakan segera dengan memaksimumkan penggunaan stesen pam guna semula bagi menjimatkan air daripada empangan.
"MADA turut menjalankan operasi membekalkan air pengairan secara penggiliran mengikut keperluan aktiviti persawahan di setiap wilayah berdasarkan fasa tanaman sehingga aktiviti Musim 2/2023 selesai sepenuhnya," katanya.
MADA turut menasihatkan para peladang untuk menguruskan air di peringkat sawah secara berhemat bagi memastikan bekalan air dapat diagihkan dengan sempurna dan mengelakkan pembaziran.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 18 2024
Prestasi kemajuan tanaman padi bagi Musim 2/2023 sehingga hari ini telah mencapai 99.3 peratus melibatkan kawasan seluas 100,011 hektar. - Gambar/ Bernama
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Waktu di Eropah dilambatkan satu jam ketika musim panas berakhir
Waktu penjimatan siang (daylight saving time) dijadualkan berakhir di Eropah pada awal pagi Ahad ini.
Gelombang haba pecah rekod cengkam barat daya AS
Gelombang haba luar biasa sedang melanda wilayah barat daya Amerika Syarikat dengan suhu mencatat rekod baharu.
Musim panas 2024 pecah rekod suhu global - Laporan
Musim panas 2024 telah menetapkan penanda aras suhu baharu di seluruh dunia.
Monyet di Zoo Kyoto dapat hidangan bersalut ais untuk atasi bahang musim panas
Sebuah zoo di Wilayah Kyoto telah memberikan monyet-monyet hidangan bersalut ais untuk membantu mereka menyejukkan badan semasa cuaca panas terik musim panas.
25 maut, ribuan dirawat di hospital akibat gelombang haba terik di Karachi
Sekurang-kurangnya 25 orang maut dan ribuan dimasukkan ke hospital akibat strok haba semasa gelombang haba terik di bandar pelabuhan selatan Pakistan, Karachi.
Arab Saudi pendekkan tempoh khutbah Jumaat kepada 15 minit
Arahan itu juga termasuk menjadikan tempoh masa antara azan pertama dan azan kedua 10 minit dengan melambatkan waktu azan pertama.
Operasi Haji 1445H/2024M dianggap paling berjaya - Mohd Na'im
Operasi Musim Haji 1445H/2024 bermula pada 9 Mei disifatkan sebagai paling berjaya dan cemerlang berbanding tahun lalu.
Cuaca panas melampau di California hingga Jumaat
Suhu siang hari yang luar biasa tinggi diramalkan melambung melebihi 37.8 darjah Celsius di beberapa negeri hingga Jumaat.
El Nino: Pengeluaran durian berkurangan, pekebun jangka harga naik
Cuaca panas dan taburan hujan yang tidak menentu menyebabkan sebahagian besar bunga durian jadi kering dan buah cepat gugur sebelum matang.
Bagaimanakah kehidupan di Delhi apabila musim panas rekod suhu tertinggi?
Sebuah kawasan di Delhi merekodkan suhu tertinggi 52.9 darjah Celsius pada Rabu. Maka tidak menghairankan, bacaan suhu ini menjadi tajuk berita utama media.