BALIK PULAU: Keenakan durian Balik Pulau yang dikatakan berbeza dengan durian dari tempat lain antara faktor membuatkan penggemarnya sanggup menempuh perjalanan jauh ke Pulau Pinang semata-mata mahu menikmati kelazatan 'raja buah' itu.
Meskipun harga sesetengah jenis durian agak tinggi, namun mereka tidak lokek berbelanja dan ‘pejam mata’ asalkan dapat menikmati buah durian Balik Pulau.
Tinjauan Astro AWANI di Anjung Indah, Balik Pulau, mendapati dataran itu dipenuhi dengan penggemar durian yang mengambil peluang cuti hujung minggu berkunjung ke situ.
Roslisa Saad, dari Kedah berkata, dia sekeluarga teruja dapat bercuti ke Pulau Pinang pada musim durian kali ini.
Menurutnya, satu kepuasan apabila dapat menikmati semula durian di Balik Pulau, selepas tidak dapat berbuat demikian berikutan tidak boleh merentas negeri semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID-19 semasa musim durian sebelum ini.
"Musim durian kali ini memang best lah... sebab kita boleh keluar makan-makan. Sebelum ini PKP tak boleh datang makan, hari ini kami datang makan.
"Kami mai (datang) dari Kedah, makan dekat Penang ni. Durian dekat sini terbaik, memang duk tunggu, harga pun berpatutan. Saya mai satu famili, memang datang ke Pulau Pinang sebab nak makan durian," ujarnya teruja.
Sementara itu, seorang juruteknik, Nazmi Zakaria, berpendapat jumlah pengeluaran buah durian tahun ini masih tidak banyak dan itu mempengaruhi harganya.
"Kali ni kalau ikutkan dia punya buah, kurang sikit dari tahun lepas. Musim lepas banyak buah. Bila musim durian biasalah harga mahal atau murah orang tetap beli juga.
"Tapi bagi saya, harga (tahun ini) mahal sikit... agak tinggi. Musang King pun dah sampai RM60 ke RM80 (sekilogram). Saya rasa durian musim ni tak banyak. Tahun lepas banyak, tengok ada dekat Johor, Kelantan dan Perak," katanya.
Tambah Nazmi, suasana kali ini di Balik Pulau agak meriah mungkin disebabkan Pulau Pinang menawarkan stok yang mencukupi dan tiada lambakan durian.
"Walaupun mahal tetap orang cari juga," katanya.
Sementara itu, peniaga durian, Mohd Hilmi Che Ros berkata, sambutan terhadap pesta durian kali ini amat luar biasa susulan negara yang sudah memasuki fasa peralihan ke endemik.
Dia yang kembali berniaga di kedai fizikal selepas terpaksa menjalankan perniagaan secara dalam talian dan penghantaran semasa PKP, berkata, perniagaannya kembali rancak dengan kedatangan peminat buah popular itu.
Menurutnya, harga durian yang dijual di gerainya masih berpatutan dan mampu dinikmati penggemarnya.
"Durian di Balik Pulau (didatangkan) dari ladang terus ke Anjung Indah. Kita tak ambil buah dari luar. Keunikan buah di sini (rasanya) berbeza dengan negeri lain, sebab pokok di sini ada yang lebih 20 tahun pun ada. Warnanya juga berbeza. Kita tengok Musang King Balik Pulau tak sama dengan Musang King dari luar... beza dari segi bentuk dan warna, ia tak sama," kata Mohd Hilmi.
Dia juga mengakui perniagaannya rancak disebab orang ramai kini boleh rentas negeri, berbanding tahun-tahun sebelumnya yang agak mencabar dan terpaksa berurus niaga secara penghantaran.
"Sekarang kalau ada COD, kita tengok permintaan. Kita hantar juga. Tapi sekarang kita utamakan orang yang datang ke gerai. Sebelum ini dua tahun kita tak dapat buka... maka tahun ini kita beroperasi semula," jelasnya.
Selain Musang King, durian jenis Black Thorn, Kacang Hijau, Udang Merah dan Emas antara yang boleh didapati di gerainya serta gerai-gerai lain di Balik Pulau.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Jun 12 2022
Orang kata durian Balik Pulau berbeza rasanya. Apakah sebabnya? - Astro AWANI
Sekolah agama swasta terlibat penderaan, gangguan seksual berdepan tindakan tegas - JAIS
Tindakan tersebut akan diambil selaras dengan Seksyen 25 Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1988 (Pindaan 2001).
Pengering rambut antara punca uban di usia muda
Kekurangan vitamin B12 dan zat besi, stres, vitiligo, dan merokok turut menjadi punca rambut beruban.
Agong, Permaisuri berangkat ke Brunei untuk lawatan negara
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berdua berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 9.30 pagi.
Gempa bumi kuat landa Luar Pantai Costa Rica
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
FAA lulus kembali penerbangan SpaceX Falcon 9
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) meluluskan semula penerbangan kenderaan pelancaran SpaceX Falcon 9 setelah menyemak dan menerima hasil siasatan yang diketuai oleh SpaceX.
Pakistan, Saudi bincang situasi di Palestin dan Lubnan
Kedua-dua menteri turut mengkaji hubungan dua hala serta membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa.
Tiada trak bantuan makanan masuk ke utara Gaza sejak Oktober -WFP
Tiada satu pun bantuan makanan memasuki utara Gaza sejak awal Oktober, meletakkan lebih sejuta penduduk dalam risiko kebulurun, lapor Program Makanan Sedunia (WFP).
'Deepavali Pop Up Market' buka ruang bantu peniaga IKS
'Deepavali Pop Up Market' diadakan selama dua hari sehingga Ahad, dari jam 10 pagi hingga 6.30 petang dengan menawarkan pelbagai produk yang dihasilkan daripada perusahaan kecil dan sederhana.
Aveena Devi lakar kisah hidup sendiri melalui seni lukis
Walaupun dilahirkan sebagai orang kurang upaya, K. Aveena Devi tidak berputus asa untuk melakar kisah hidupnya sendiri dalam bidang seni lukis.
Ahli politik veteran India ditembak mati di Mumbai
Tiga penyerang melepaskan tembakan terhadap bekas menteri negeri Maharashtra itu yang lebih dikenali sebagai Baba Siddique.
Durian Malaysia laris di China, LPNM perlu pikul peranan baharu - Mat Sabu
Fungsi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) perlu diperluas melihat kepada komoditi durian yang mendapat sambutan luar biasa di negara China ketika ini.
Shenzen terima kumpulan pertama durian segar Malaysia
Bandar Shenzhen di selatan China menerima kumpulan pertama durian segar Malaysia apabila sebuah pesawat kargo yang membawa muatan seberat 27 tan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bao'an.
Eksport durian Malaysia dijangka cecah RM1.8 bilion menjelang 2030 - KPKM
Prestasi eksport durian negara dari 2018 hingga 2022 menggalakkan dengan nilai eksport melonjak 256.3 peratus atau peningkatan RM822.8 juta.
Kumpulan pertama durian segar Malaysia masuk ke China penghujung Ogos
Susulan kelulusan daripada Kerajaan China, penghantaran sulung durian segar Malaysia beserta kulitnya dijangka memasuki pasaran China menjelang akhir bulan ini.
Nafas galak ahli peladang ceburi tanaman durian bermutu tinggi
Penanaman durian bermutu tinggi mampu menjana pendapatan lumayan dan mendatangkan keuntungan besar kepada pekebun.
Durian, rambutan segar ‘gugur’ di benua Afrika, perluas pasaran baharu
Para tetamu dihidangkan dengan Durian D197 yang terkenal, juga dikenali sebagai Musang King dan Rambutan Budak Sekolah.
Eksport durian segar ke China tidak jejas pasaran tempatan
Pengeksportan pertama durian segar ke China tidak akan menjejaskan pasaran dan harga buah itu di pasaran tempatan.
FAMA pemudah cara bantu pengusaha durian kampung eksport ke China
FAMA diminta menjadi pemudah cara dan mencari mekanisme untuk membincangkan perkara itu kerana ia merupakan peluang melebarkan perniagaan pengusaha durian di kampung.
Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.
Thailand anjur festival durian, tingkatkan perdagangan dengan China
Sambutan pesta durian pada Sabtu di selatan Thailand mempromosikan durian Thailand dan membantu lebih banyak buah memasuki pasaran China.