Kerajaan tidak cuba menyembunyikan kandungan rundingan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), yang kini akan melibatkan 12 buah negara pada pusingan ke-18, yang akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah, dari 15 hingga 25 Julai ini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini berkata, sebaliknya, kerajaan telah mengadakan pertemuan dan perundingan dengan pelbagai pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), yang mempunyai kaitan dengan perundingan itu.
Oleh itu, katanya tidak ada bezanya pandangan NGO atau pun kerajaan di dalam rundingan TPPA, bahkan, kerajaan mengambil kira pandangan mereka termasuk juga parti pembangkang untuk kepentingan negara.
Menurutnya, tiga asas yang menjadi panduan kerajaan ketika melakukan rundingan TPPA ialah Perlembagaan Persekutuan, hubungan antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan memandangkan kerajaan negeri mempunyai kuasa dalam soal tanah dan sumber alam serta dasar-dasar yang melindungi hak dan keistimewaan kaum Bumiputera.
Asas itu penting kerana kerajaan perlu mempertahankan kedaulatan negara dan tidak akan menggubal perlembagaan atau mengorbankan GLC, yang begitu penting kepada ekonomi negara daripada untuk mengikut telunjuk dan kepentingan asing, katanya.
"Jika Malaysia mendapati ada hal-hal yang besar yang menjejaskan kepentingan negara atau kedaulatan negara atau tidak boleh diterima oleh masyarakat Malaysia, kita akan ambil kira."
"Kita tidak akan mengorbankan kepentingan negara semata-mata untuk mengejar dateline (tempoh akhir perundingan)," katanya pada sidang media selepas menjadi anggota panel "Wacana Perjanjian Perdagangan Antarabangsa: Apa Untuk Malaysia ?" anjuran sebuah akhbar harian di sini hari ini.
TPPA dijangka dimuktamadkan menjelang Oktober, 2013.
Wacana itu yang turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Mohd Nizam Mashar.
Beliau berkata Malaysia menyertai rundingan TPPA, yang diusahakan oleh Amerika Syarikat itu kerana ia mampu memberikan akses yang lebih baik kepada barangan eksport Malaysia pada peringkat antarabangsa.
"Perjanjian seperti itu dapat meningkatkan mutu perkhidmatan, dengan mengurangkan karenah pentadbiran yang secara tidak langsung mampu mengurangkan gejala rasuah," katanya.
Sebagai sebuah negara perdagangan, beliau berkata Malaysia memerlukan penurunan cukai terhadap kelapa sawit di negara-negara yang mengimport komoditi negara, katanya, sambil menyatakan walau pun penyertaan dalam TPPA tidak semestinya akan meningkat pelaburan asing di Malaysia, tetapi ia akan menjadikan Malaysia salah satu destinasi pelaburan terbaik.
Selain itu, perjanjian itu akan dapat memberikan perlindungan kepada kepentingan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan seperti Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Kumpulan Sime Darby yang banyak melakukan pelaburan di luar negara.
Beliau berkata kerajaan prihatin dengan isu-isu yang cuba diketengahkan oleh Amerika Syarikat yang mungkin menjejaskan kepentingan negara dalam rundingan itu, seperti isu alam sekitar, isu hak cipta atau paten ubat-ubatan yang akan menyebabkan ubat untuk penyakit kanser atau HIV menjadi mahal serta isu kontrak kerajaan.
Katanya persatuan-persatuan kontraktor di negara ini, dalam pertemuannya dengan kementeriannya, juga telah menyuarakan kebimbangan mereka jika projek kerajaan seperti pembinaan sekolah bernilai RM25 juta dibuka kepada syarikat-syarikat luar seperti Amerika Syarikat akan menjejaskan pendapatan kontraktor tempatan.
Mengenai tempoh tiga bulan lagi bagi rundingan ditamatkan, Mustapa berkata para negara anggota akan cuba memastikan sebahagian besar dari TPPA itu akan dapat dimuktamadkan.
Sebanyak 11 negara TPPA - Australia, Brunei, Chile, Malaysia, Peru, Singapura, Amerika Syarikat, Vietnam, Mexico, Kanada dan New Zealand - akan disertai oleh Jepun, yang akan menyertai perundingan itu bagi pertama kalinya di Kota Kinabalu.
Bernama
Fri Jul 12 2013
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Dakwaan Tok Pa langgar SOP: Kertas siasatan dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya
Keterangan Mustapa serta enam yang lain termasuk individu yang membuat hantaran itu diambil bermula tengah hari hingga petang kelmarin.
Tok Pa sahkan beliau dipanggil polis
Datuk Seri Mustapa Mohamad yang Juga Ahli Parlimen Jeli mengesahkan bahawa beliau telah dipanggil oleh pihak polis berhubung dana yang diterima oleh Badan Perhubungan UMNO Kelantan.
PKS perlu tingkatkan kualiti produk untuk tembus pasaran antarabangsa - PM Najib
Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu meningkatkan kualiti produk serta produktiviti bagi menembusi pasaran global.
Malaysia-Kemboja perlu cari lebih peluang perluas bidang ekonomi - Mustapa
Kedua-dua negara juga sewajarnya menjalin kerjasama dalam sektor tenaga boleh diperbaharu dan perkhidmatan bernilai tinggi.
UMNO tidak lagi mampu hanya menjadi jaguh kampung - Mustapa
Sudah tiba masanya untuk UMNO tidak lagi hanya menjadi jaguh di kampung yang hanya berjaya meraih undi dari penduduk luar bandar semata-mata.
Tingkat eksport PKS melalui e-dagang
Negara mensasarkan eksport kalangan PKS dapat ditingkatkan kepada 21 peratus menjelang 2020 melalui pemerkasaan e-dagang.
Khazanah, Petronas berkemungkinan besar "dikecualikan" dari TPPA - Mustapa
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad berkata langkah itu bakal dilaksana ketika Malaysia sedia membenarkan beberapa pengecualian terhadap rundingan berkenaan.
Malaysia dan 11 negara lain capai rundingan TPPA
Malaysia dan 11 negara lain mencapai persetujuan dalam rundingan perjanjian perdagangan bebas, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik yang akan memperkenalkan sekatan perdagangan antara lain.
Urus persepsi politik tangani penyusutan Ringgit - Mustapa Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menegaskan isu berkaitan situasi politik semasa turut mempengaruhi penyusutan nilai Ringgit dan perkara ini perlu diuruskan d
Pertumbuhan usahawan muda bumiputera perlahan - Mustapa
Pertumbuhan usahawan muda bumiputera di negara ini dilihat agak perlahan walaupun pelbagai pendedahan telah dibuat kerajaan.