MALAYSIA
Mustaqqeem meninggal dunia akibat hipotermia - Polis
Anggota bomba membawa turun jenazah Mustaqqeem dari puncak Gunung Liang pada Jumaat. - Foto JBPM
TANJUNG MALIM: Punca kematian pendaki, Allahyarham Mustaqqeem Mansor, 34, yang ditemukan meninggal dunia di Gunung Liang di sini pada Khamis disahkan akibat hipotermia atau kesejukan melampau.
Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim, Deputi Superintenden Suhaimi Muhamad berkata, keputusan itu diperolehi hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Slim River pada Jumaat.
"Proses pengecaman telah dilakukan oleh isteri dan adik mangsa pada jam 5.35 petang.
"Hasil bedah siasat dijalankan oleh Pakar Patologi Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh mendapati punca kematian adalah disebabkan oleh hipotermia (kesejukan melampau)," katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, pasukan penyelamat berjaya membawa turun jenazah Allahyarham menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) semasa cuaca dalam keadaan baik pada jam 3 petang.
"Jenazah Allahyarham telah dituntut ahli keluarga dan dibawa ke kampung halaman untuk dikebumikan," katanya.
Sementara itu, beliau mengesahkan menerima laporan kehilangan mangsa ketika mengikuti ekspedisi Trans Slim dari Bukit Fraser ke Gunung Liang.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudiannya dijalankan pada Khamis dengan kerjasama pelbagai agensi melibatkan 43 anggota.
"Mangsa ditemui pada hari sama operasi digerakkan di Puncak Gunung Liang Barat dalam keadaan tidak bernyawa," katanya. - Sinar Harian