[TERKINI] PRK Kinabatangan & Lamag: Undi 24 Jan, Kempen Bermula 10 Jan – Klik untuk Info Penuh!
INTREND

[MUZIK] Urban Hunting Muzik di Providence

Astro Publication 12/10/2015 | 09:51 MYT
insta.jpg


Acara terunggul yang menggabungkan elemen muzik dan kereta paling hangat di kota metropolitan Kuala Lumpur kembali lagi! Temasya #UrbanHuntingMusic anjuran @mercedesbenzmalaysia baru sahaja menemui peminat-peminat setianya di Providence pada hari Jumaat, 9 Oktober yang lalu. Antara barisan penghibur yang telah menghangatkan malam pesta termasuklah Providence Resident Performers seperti: Resident DJ (LFS) - @lfsmassive + Emcee (Terry T) - @theinfamousambition
Malam Urban Hunting Music bertambah happening dengan kehadiran penghibur-penghibur profesional seperti @itssonaone (SonaOne), @jakeabdullah (Jakeman), @skeletor_hitz (Skeletor) serta @officialkimkat (DJ duo dari US). Selain acara muzik dan hiburan, temasya Urban Hunting Music turut menyaksikan berlangsungnya 'Live Urban Hunting Art Session' yang digerakkan oleh artisan kreatif Foursome KL. Mereka adalah @donald_abraham, @fritilldea dan @orkibal. Ketiga-tiga artisan urban kreatif ini tidak lain dan tidak bukan – adalah insan-insan seni yang telah pun menghasilkan The Art Cars yang telah pun menjelajah seluruh Malaysia menemui peminat-peminat jenama kereta unggul, Mercedes Benz Malaysia.

##Urbanhuntingmuzik