MALAYSIA
Muzium Pertanian di Kelantan dijangka beroperasi Jun 2026
Muzium yang terletak di bangunan lama Majlis Daerah Tumpat itu mempunyai potensi besar untuk dimanfaatkan. - Gambar Facebook Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan
KOTA BHARU: Muzium Pertanian pertama di Kelantan dijangka beroperasi pada Jun tahun depan bagi memperkenalkan serta memelihara warisan negeri itu kepada generasi akan datang.
Pengerusi Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Zamakshari Muhamad berkata, muzium yang terletak di bangunan lama Majlis Daerah Tumpat itu mempunyai potensi besar untuk dimanfaatkan kerana memaparkan sejarah pertanian, selain dijadikan sebagai pusat pendidikan dan interaksi kepada masyarakat.
"Lawatan tapak telah diadakan pada Isnin lepas bagi meninjau keadaan fizikal bangunan serta kesesuaian ruang yang boleh dibangunkan.
"Kita sudah lama mengimpikan Muzium Pertanian di Kelantan dan kita jangka muzium ini akan dibuka pada pertengahan tahun hadapan," katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.
Mengulas lanjut, Zamakshari berkata, pelaksanaan Muzium Pertanian ini juga akan dilakukan secara berperingkat bagi memastikan ia menjadi sebuah ruang ilmu, warisan dan tarikan baharu yang memberikan manfaat kepada masyarakat setempat serta pelancong.
"Kita sedia maklum, pertanian merupakan asas kehidupan rakyat di negeri ini sejak dahulu, jadi banyak sejarah, peralatan tradisional, kaedah dan kisah para petani yang direkod perlu dipelihara dan diperkenalkan kepada generasi akan datang.
"Muzium pertanian ini akan menjadi simbol penghargaan terhadap sumbangan sektor pertanian dalam pembangunan negeri Kelantan," katanya.
-- BERNAMA