Skip to main content

Malaysia

MyBorderPass alami gangguan di KSAB, pengguna disaran guna MyNIISe

ISKANDAR PUTERI, 1 April -- Kenderaan rakyat Singapura menunggu di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin Kompleks Sultan Abu Bakar, untuk pulang ke kampung halaman selepas sempadan dibuka tepat jam 12 tengah malam hari ini. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
AKPS KSAB memaklumkan, pengembara dinasihatkan untuk terus ke kaunter pemeriksaan atau menggunakan aplikasi Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) bagi tujuan pelepasan imigresen. - Gambar fail/ Bernama
Advertisement

JOHOR BAHRU: Aplikasi MyBorderPass dilaporkan mengalami gangguan capaian sistem di Dewan Bas Masuk dan Keluar serta Laluan Motosikal Masuk dan Keluar di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di sini hari ini.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) KSAB memaklumkan sehubungan dengan itu, pengembara dinasihatkan untuk terus ke kaunter pemeriksaan atau menggunakan aplikasi Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) bagi tujuan pelepasan imigresen.

“Pasukan teknikal sedang menjalankan kerja-kerja pemulihan bagi memastikan sistem dapat kembali beroperasi seperti biasa. Segala kesulitan yang dihadapi oleh pengembara amatlah dikesali,” menurut AKPS dalam hantaran di laman Facebook. 

Aplikasi berkenaan dilancarkan dan diperkenalkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Jabatan Imigresen Malaysia pada 1 Jan 2025 sebagai inisiatif digital awal untuk melancarkan proses pelepasan imigresen menggunakan kod QR di pintu masuk utama negara. 

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement