MALAYSIA
MyCARE gesa dunia bangkit, tingkat tekanan terhadap Israel
Imej menunjukkan seorang tentera Israel sedang melakukan cubaan memadam kamera litar tertutup, bertujuan menghapuskan bahan bukti tindakan mereka. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shahrul Anwar menyeru masyarakat sivil meningkatkan tekanan terhadap pemimpin-pemimpin dunia agar tindakan tegas terhadap rejim Zionis Israel dapat diambil.
Menurut Kamarul Zaman, walaupun dunia kini sedar mengenai kekejaman yang berlaku di Gaza, tekanan rakyat masih diperlukan bagi mempengaruhi pendirian negara-negara besar terhadap Israel.
“Dunia mungkin dah tahu, cuma tekanan daripada masyarakat perlu diteruskan. Di Malaysia, Kerajaan sangat menyokong perjuangan kemerdekaan dan pembebasan Palestin sejak dahulu lagi,” katanya, dalam segmen Pantau Agenda Reformasi yang disiarkan di Saluran 501 (Astro AWANI), pada Rabu.
Kamarul Zaman menjelaskan, beberapa negara Barat mula menunjukkan perubahan pendirian terhadap Israel susulan tekanan rakyat yang semakin meningkat.
“Kita nampak ada sedikit perubahan daripada Britain, Sepanyol, Perancis, Belanda, Amerika Syarikat dan Australia terhadap Israel, tekanan perlu terus dipertingkatkan,”tambahnya.
Beliau turut menekankan pentingnya kesedaran awam agar masyarakat terus mendesak perubahan dasar luar negara-negara Eropah dan Amerika.
“Sebagaimana yang disebut (aktivis kemanusiaan) Greta Thunberg, kita tiada kekuatan ketenteraan, tetapi rakyat di Eropah dan Amerika sepatutnya merubah pendirian mereka terhadap Israel ... rakyat perlu bangkit, berkongsi dan menceritakan perkara sebenar,” ujarnya.
Kamarul Zaman menjelaskan, bagaimana perkembangan teknologi kini memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat sebenar dari lapangan konflik.
“Kalau dulu tiada siaran langsung, tiada internet, semua laporan disusun oleh Israel dan kumpulan Zionis di Amerika.
"Namun, kini dengan teknologi, kita boleh sebarkan apa yang berlaku secara langsung,” katanya.
Dalam gelombang kedua misi kemanusiaan ini, wartawan Astro AWANI, Syafik Shukri Abdul Jalil, adalah antara delegasi misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition bersama Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG).
Kapal Conscience yang dinaiki Syafik serta beberapa buah kapal lain telah dipintas tentera Israel di perairan antarabangsa pada jam 10.05 pagi tadi.
Turut ditahan ialah delegasi Malaysia Profesor Mohd Alauddin Mohd Ali, serta Ahli Jawatankuasa Pemegang Amanah MyCARE, Dr Fauziah Mohd Hassan.
Delegasi Malaysia lain ialah Dr Hafiz Sulaiman dan Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi; pensyarah universiti, Profesor Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Norsham Abu Bakar.
Persepsi media di Gaza kini, menurut Kamarul Zaman, menjadi sasaran pembunuhan oleh rejim Zionis, justeru penting bagi lebih ramai wartawan antarabangsa berkongsi maklumat sebenar kepada masyarakat dunia
“Kita perlukan lebih ramai yang menyebarkan maklumat dan memberi tekanan kepada kerajaan-kerajaan dunia supaya sedar bahawa Israel perlu diambil tindakan. Walaupun bawa ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) seolah-olah tidak memberi kesan, tekanan mesti diteruskan,” tegasnya.
Pperjuangan membebaskan Palestin bukan hanya isu agama, tetapi juga isu kemanusiaan sejagat, menurut Kamarul Zaman.
"Kita harap kebangkitan masyarakat antarabangsa bukan setakat dunia Islam sahaja, sebab ini soal kemanusiaan seperti perkara asas melibatkan makanan, kesihatan, pendidikan semuanya dihapuskan oleh rejim Zionis sekarang,” tambahnya.