GSF: Kesemua 23 delegasi Malaysia disahkan telah ditahan oleh Israel – Ikuti Laporan Langsung
MALAYSIA

MyCEB persembah Spice Market Reception Dinner, tonjol kisah Malaysia di mata dunia

Malekah Aisyah 03/10/2025 | 07:08 MYT
Sivakumar ketika membuka tirai majlis dengan ucaptama penuh mesra, sekali gus mengalu-alukan semua tetamu yang hadir ke Spice Market Reception Dinner 2025. -Foto MyCEB
KUALA LUMPUR: Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) bersama Tourism Malaysia meraikan keunikan budaya negara menerusi Spice Market Reception Dinner @ Global Travel Meet 2025, yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), pada Khamis.


Ringkasan AI
  • MyCEB dan Tourism Malaysia anjur *Spice Market Reception Dinner* sempena Global Travel Meet 2025 di MITEC, tonjolkan Malaysia sebagai destinasi utama acara perniagaan
  • Tetamu alami suasana era Kesultanan Melayu Melaka, simbol warisan budaya dan sejarah perdagangan Malaysia
  • Acara perkuat rangkaian industri global dan tekankan visi Malaysia sebagai tempat pertemuan dunia melalui budaya, hospitaliti dan inovasi acara


Dengan tema “Malaysia – Where the World Meets”, majlis eksklusif ini menghimpunkan delegasi antarabangsa dan wakil industri global, sekali gus menonjolkan peranan Malaysia sebagai destinasi utama acara perniagaan dan persidangan.

(Dari kiri) Sivakumar bersama Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Shaharuddin Abu Sohot, serta Ahli Lembaga Pengarah MyCEB, Dato’ Sri Irmohizam Ibrahim di Spice Market Reception Dinner 2025. - Foto MyCEB


Tetamu dihidangkan dengan pengalaman unik perjalanan kembali ke era Kesultanan Melayu Melaka, 600 tahun lalu, lengkap dengan suasana pasar rempah ratus yang meriah, menggambarkan Malaysia sebagai pusat perdagangan dan budaya sejak berabad lalu.

“Acara ini bukan sekadar jamuan makan malam. Ia adalah jemputan untuk menikmati dan menghayati kisah Malaysia.

“Dengan menggabungkan sejarah, budaya dan hospitaliti, kita mencipta momen yang kekal dalam ingatan sambil membuka pintu kepada hubungan global,” kata Pengerusi MyCEB, Dr. Sivakumar A/L Varatharaju Naidu, di sini.

Acara ini turut menzahirkan misi MyCEB untuk mencipta nilai jangka panjang kepada industri acara perniagaan global melalui pengukuhan rangkaian, perkongsian ilmu, serta kerjasama yang mampu menjana inovasi dan pertumbuhan mampan.

Lebih daripada sekadar persembahan budaya, Spice Market Reception Dinner 2025 menegaskan visi Malaysia sebagai sebuah destinasi “Where the World Meets”, yang menyatukan individu, idea dan peluang di pentas antarabangsa.

(Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, Tan Mei Phing bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Chua Choon Hwa, ketika sesi menjamu selera di Spice Market Reception Dinner 2025. - Foto MyCEB




#MyCEB #Spice Market Reception Dinner 2025 #budaya #sejarah #MITEC #Tourism Malaysia