awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MYFutureJobs: 11,846 pekerjaan dalam sektor baharu dengan gaji RM5,000 - RM10,000

Bernama
Bernama
02/03/2022
21:25 MYT
MYFutureJobs: 11,846 pekerjaan dalam sektor baharu dengan gaji RM5,000 - RM10,000
Bagi tempoh 1 Jan 2020 hingga 18 Feb 2022, sebanyak 96,661 majikan telah berdaftar dengan MYFutureJobs yang menawarkan 3.88 juta kekosongan jawatan. - Foto kerjaya.co
KUALA LUMPUR: Sebanyak 11,846 peluang pekerjaan dalam sektor pekerjaan baharu direkodkan sepanjang tempoh 1 Jan hingga 24 Feb 2022 yang menawarkan gaji antara RM5,000 dan RM10,000 ke atas, menurut Kementerian Sumber Manusia.
Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam, kementerian tersebut berkata peluang pekerjaan baharu itu boleh dirujuk melalui portal MYFutureJobs yang telah diperkenalkan kerajaan sejak 2020.
"Antara industri atau sektor utama yang dikenal pasti mendapat permintaan tinggi adalah sektor komunikasi dan maklumat, pembuatan, pengangkutan, aktiviti profesional, saintifik dan teknikal serta pendidikan.
"Manakala pekerjaan baharu yang kini mendapat permintaan tinggi dalam kalangan majikan ialah penganalisis data, penganalisis sistem ICT, pembangun antara muka pengguna, saintis data, arkitek sistem ICT, pembangun pangkalan data, sistem terbenam, pembangun perisian, jurutera penyelidikan, penganalisis logistik, penganalisis perniagaan ICT, pereka digital media, pembangun permainan digital dan pakar forensik digital," katanya.
Menurut kementerian, gaji yang ditawarkan adalah bergantung kepada tahap pendidikan, pengalaman dan kemahiran yang dimiliki oleh pencari kerja.
Dalam pada itu, kementerian berkata bagi tempoh 1 Jan 2020 hingga 18 Feb 2022, sebanyak 96,661 majikan telah berdaftar dengan MYFutureJobs yang menawarkan 3.88 juta kekosongan jawatan.
"Daripada jumlah tersebut, sehingga kini sebanyak 431,989 kekosongan jawatan aktif masih terbuka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MyfutureJobs
#Kementerian Sumber Manusia
#peluang pekerjaan
#majikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan