awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jangan ada pelajar tercicir daftar MRSM esok kerana isu kewangan - Asyraf Wajdi
RM14.8 juta diperlukan bagi Program Tunas Makmur 2026, manfaatkan 68,000 pelajar Pahang
Kajian semula UPSR, PT3 secara menyeluruh, bukan terburu-buru - KP Pendidikan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MYFutureJobs: 16,865 individu dapat kerja setakat April

Bernama
Bernama
06/05/2023
08:14 MYT
MYFutureJobs: 16,865 individu dapat kerja setakat April
Karnival dua hari yang mendapat kerjasama kerajaan Selangor menyaksikan penglibatan 38 majikan daripada pelbagai sektor antaranya kewangan, pembuatan, perhotelan dan peruncitan. - Foto BERNAMA
KLANG: Seramai 16,865 pencari kerja berjaya mendapatkan pekerjaan melalui karnival kerjaya dan portal MYFutureJobs yang berlangsung di seluruh negara setakat 28 April tahun ini.
Pengerusi Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Datuk Seri Subahan Kamal berkata pihaknya menjangkakan jumlah itu akan terus meningkat menjelang akhir tahun.
Katanya berdasarkan rekod tahun lepas, seramai 295,044 pencari kerja berjaya memperoleh pekerjaan melalui perkhidmatan sama.
Mengenai Karnival Kerjaya MyFutureJobs Selangor yang berlangsung hari ini dan esok di Dewan Hamzah, di sini, beliau berkata lebih 7,000 peluang pekerjaan menanti pencari kerja.
"Karnival dua hari yang mendapat kerjasama kerajaan Selangor menyaksikan penglibatan 38 majikan daripada pelbagai sektor antaranya kewangan, pembuatan, perhotelan dan peruncitan," katanya kepada pemberita selepas program tersebut.
Terdahulu, Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar melancarkan karnival tersebut yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Sosio Ekonomi, Kebajikan Masyarakat dan Pemberdayaan Pekerja V. Ganabatirau dan Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Mengenai Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) pula, beliau berkata terdapat seramai 175,999 pencarum aktif sejak skim itu dilancarkan dua tahun lepas dengan caruman hanya RM120 setahun.
"Saya menggalakkan orang ramai untuk mencarum kerana hanya RM10 sebulan sahaja, jumlah itu sangat minimum. Kita sangat berharap lebih ramai orang akan mencarum yang akan memberikan pelbagai manfaat kepada suri rumah pada masa akan depan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pencari kerja
#perkeso
#MyfutureJobs
#Subahan Kamal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan