NATIONAL
MyGAS 2025 fokus cabaran pembiayaan industri gas

Penganjuran MyGAS 2025 diadakan serentak dengan Mesyuarat Kesatuan Gas Antarabangsa (IGU), sekali gus memberi peluang kepada pakar antarabangsa untuk turut serta dalam perbincangan isu berkaitan industri gas negara. -Gambar MAG
KUALA LUMPUR: Simposium Gas Malaysia (MyGAS 2025) edisi keempat membuka pentas perbincangan mengenai cabaran pembiayaan industri gas sambil memastikan usaha peralihan tenaga bersih mampu dicapai.
Ringkasan AI
- Simposium Gas Malaysia (MyGAS 2025) membincangkan cabaran pembiayaan industri gas dan usaha peralihan tenaga bersih. Presiden Persatuan Gas Malaysia (MGA), Abdul Aziz Othman, menyatakan industri gas menghadapi cabaran besar dalam memenuhi keperluan pembiayaan untuk infrastruktur, inovasi, dan inisiatif dekarbonisasi.
- Abdul Aziz menekankan bahawa gas kekal sebagai komponen penting dalam landskap tenaga negara untuk memastikan bekalan stabil dan mencukupi. Beliau menjangkakan penggunaan gas akan meningkat daripada 40 peratus kepada 56 peratus.
- Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, menegaskan bahawa dasar dan sasaran yang jelas adalah kunci untuk membangunkan infrastruktur gas dan menarik pelaburan. Simposium ini menghimpunkan lebih 250 peserta termasuk pembuat dasar, pemimpin industri, dan institusi kewangan.
“Sebagai wakil kepada pemain-pemain dalam rantaian nilai industri gas, yang kini berjumlah 150 ahli, saya berharap jumlah ini akan terus berkembang.
"Fokusnya adalah bagaimana kita membentuk hala tuju industri ini pada masa hadapan, terutama apabila ada pihak yang mempersoalkan sama ada gas masih relevan memandangkan kita sedang melalui fasa transisi tenaga.
“Oleh itu, kami akan memposisikan peranan gas dalam proses transisi tenaga ini,” katanya selepas majlis perasmian MyGAS 2025 yang disempurnakan oleh Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.
Abdul Aziz turut menjelaskan bahawa gas kekal sebagai komponen penting dalam landskap tenaga negara kerana ia memastikan bekalan stabil dan mencukupi bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.
“Aspirasi untuk membina lebih banyak kemudahan tenaga hijau memang ada, namun seperti yang disebutkan menteri tadi, kita sebenarnya masih memerlukan lebih banyak gas.
"Saya rasa penggunaannya akan meningkat daripada 40 peratus kepada 56 peratus,” tambahnya.

Malaysia dijangka memerlukan pelaburan sehingga RM1.3 trilion menjelang 2050 untuk projek peralihan tenaga. - Gambar MGA
Dalam pada itu, Datuk Seri Rafizi Ramli menegaskan bahawa dasar dan sasaran yang jelas adalah kunci untuk membangunkan infrastruktur gas serta menarik pelaburan berasaskan gas asli.
“Apabila ada hala tuju yang jelas, sasaran yang jelas dan disertai dengan dasar daripada kerajaan, ini akan menambah keyakinan pada sektor pelaburan dan kewangan bahawa industri gas asli di Malaysia mampu menjadi tumpuan utama dalam ekonomi.
"Ini akan membolehkan projek-projek dan pelaburan-pelaburan di sektor ini mendapat pembiayaan yang sewajarnya,” ujarnya.
Bertemakan ‘Fuelling a Sustainable Gas Industry’s Transition’, simposium ini menghimpunkan lebih 250 peserta, termasuk pembuat dasar, pemimpin industri, dan institusi kewangan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami