Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) akan membantu Yayasan Usman Awang untuk membawa balik karya sasterawan itu yang berada di luar negara.
Menurut Pengerusinya Datuk Abdul Manan Ismail, selain membantu membawa balik karya tersebut, perbadanan itu juga akan membantu membukukan semua karya sasterawan negara itu bagi rujukan masa akan datang.
"Perbadanan juga akan mendaftarkan karya tersebut untuk memastikan karya tersebut tidak diciplak atau digunakan tanpa memberi royalti kepada penulis atau waris penulis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Collective Management Organisation (CMO) in Copyright di sini Rabu.
Yayasan Usman Awang, ditubuhkan baru-baru ini bagi menghimpun karya sasterawan negara untuk kemudahan para pengkaji sastera dalam dan luar negara membuat penyelidikan.
Sementara itu mengulas mengenai isu rasa tidak puas hati di kalangan pengguna karya hak cipta terhadap tarif royalti yang ditetapkan, Abdul Manan berharap pihak terbabit merujuk kepada Tribunal Hak Cipta yang merupakan platform yang disediakan kerajaan bagi menyelesaikan kes-kes sedemikian.
Seminar julung kali dianjurkan dengan kerjasama Japan Copyright Office (JCO) itu bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan untuk perkembangan bidang CMO supaya menjadi lebih cekap dan telus.
Abdul Manan berkata tumpuan utama perbadanan adalah untuk membangunkan sistem perlindungan hak cipta yang komprehensif serta menggalakkan pengurusan yang cekap dan telus daripada CMO di Malaysia.
"Seminar ini merupakan platform yang penting untuk CMO tempatan belajar daripada pengalaman negara matahari terbit itu bagaimana mereka membangunkan sistem CMO," katanya.
CMO merupakan syarikat yang bertanggungjawab untuk mengutip royalti daripada pengguna kepada pemilik hak cipta.
Terdapat empat CMO yang berdaftar dengan MyIPO iaitu Music Author's Copyright (MACP), Public Performance Malaysia Sdn Bhd (PPM), Recording Performers Malaysia Berhad (RPM) dan Performers Right and Interest Society of Malaysia Berhad (Prism).
Bernama
Wed Feb 19 2014


Angkat sumpah Biden | Cabaran besar memulihkan negara
Joe Biden bakal berdepan pelbagai cabaran besar selepas dirasmikan sebagai Presiden Amerika Syarikat Ke-46 pada 20 Januari ini. Selain menangani pandemik COVID-19 yang membunuh 4 ribu penduduk setiap hari, biden juga perlu menyatukan semula rakyat negara itu, terutama selepas serangan di bangunan capitol pada 6 Januari lalu.

FMM minta kerajaan perluaskan Akta COVID-19 untuk sektor perdagangan dan logistik
Ia bertujuan bagi memulihkan sektor perdagangan dan logistik yang merosot akibat pandemik COVID-19.

PKP | Polis tiada kuasa batalkan kompaun
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan atau mengurangkan kompaun yang dikeluarkan terhadap mereka yang melanggar Perintah Kawalan Keselamatan (PKP), kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid.

10 Berita Pilihan - (18 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis, JKNS siasat kes minum arak di pusat kuarantin - Masidi
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memandang serius isu video tular individu meminum minuman keras di sebuah pusat kuarantin.

COVID-19: Tidak sampai seminggu, China siapkan pusat kuarantin dengan 4,160 bilik
Mengikut perancangan asal, pusat kuarantin yang meliputi kawasan seluas 34 hektar itu hanya akan menempatkan 3,000 buah bilik.

Amaran cuaca buruk di pedalaman dan pantai barat Sabah serta Labuan
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di pedalaman dan Pantai Barat di Sabah serta Labuan sehingga esok.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Persekolahan secara bersemuka Tabika Kemas ditangguh
Sesi persekolahan Tabika Kemas secara bersemuka di seluruh negara yang sepatutnya bermula pada 20 Jan ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

MyIPO bantu bawa pulang karya Usman Awang di luar negara
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) akan membantu Yayasan Usman Awang untuk membawa balik karya sasterawan itu yang berada di luar negara.