MALAYSIA
MyKad perantara bantuan kerajaan kepada rakyat dalam ekosistem digital negara
MyKad memudahkan penyaluran bantuan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA), membolehkan penerima membeli barangan keperluan tanpa wang tunai, dengan data diakses secara selamat oleh agensi kerajaan untuk pengagihan bantuan bersasar. -Foto Bernama
PUTRAJAYA: Hanya dengan satu kad di tangan, seseorang bukan sahaja dapat mengesahkan identiti diri sebagai rakyat Malaysia, tetapi juga melunaskan hampir kesemua urusan harian seperti membayar tol, tambang pengangkutan awam serta membeli barangan keperluan.
Ringkasan AI
Cekap dan mudah. Demikian rumusan beberapa pengguna yang memanfaatkan MyKad dalam kehidupan harian mereka sekalipun buat masa ini perkhidmatan yang dapat diakses menerusi kad itu masih terhad.
“Saya tidak perlu bawa banyak kad dalam dompet. Cukup dengan MyKad,” kata peniaga Roslina Daud yang menggunakan kad itu sebagai alternatif untuk kemudahan Touch ‘n Go (TNG) membayar tol dan fi letak kenderaan.
Berharap kerajaan memperluas perkhidmatan yang diintegrasikan dengan MyKad kepada sektor lain seperti perbankan, wanita berusia 43 tahun itu berkata dalam dunia serba pantas sekarang, masyarakat mahukan sesuatu yang dapat mempermudahkan lagi urusan mereka.
Pekerja swasta Maisara Abdul, 25, yang menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja pula berkata pas My50 yang diintegrasikan dengan MyKad amat memudahkan kerana dia tidak lagi perlu membawa pelbagai pas perjalanan untuk menggunakan pengangkutan awam berbeza.
Penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Rohani Abdullah, 50 menyambut baik penggunaan MyKad sebagai perantara bagi mendapatkan barangan keperluan asas yang dilihatnya dapat mengurangkan risiko wang tercicir atau dicuri.
“Menerusi MyKad, pengguna yang menerima SARA seperti saya tidak perlu beratur untuk ambil duit di bank atau ATM, sebaliknya boleh terus ke pasar raya, ambil barang keperluan dan gunakan MyKad,” katanya.
SEJARAH DAN EVOLUSI MYKAD
MyKad atau Kad Pengenalan Pelbagai guna Kerajaan diperkenalkan pada 2001 sebagai satu daripada tujuh aplikasi perdana di bawah inisiatif Koridor Raya Multimedia, dengan objektif memodenkan sistem pengenalan diri rakyat, meningkatkan keselamatan identiti dan menyediakan satu platform digital yang menyepadukan pelbagai aplikasi dalam satu kad.
Mengulas evolusi MyKad dalam tempoh lebih dua dekad usianya, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Badrul Hisham Alias berkata setakat ini empat versi telah diperkenalkan dengan yang terakhir pada pada 2012.
Bagaimanapun Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini dalam fasa akhir membangunkan MyKad versi terbaharu dengan ciri keselamatan dipertingkat.
“Versi pertama hanya menggunakan bahan plastik sebelum dinaik taraf kepada versi Polikad 2.0, diikuti dengan versi terkini yang mempunyai ciri tambahan seperti ‘ghost image’ untuk meningkatkan keselamatan.
“Secara keseluruhannya, MyKad mengalami perubahan utama pada 2012 selaras dengan perkembangan teknologi semasa ketika itu, melibatkan reka bentuk, ciri-ciri keselamatan dan teknologi cip yang digunakan,” katanya dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini.
Menghuraikan maksud istilah MyKad, beliau berkata “My” merujuk nama Malaysia sementara “Kad” pula bererti kad akuan diri, dengan fungsi utama sebagai pengenalan diri semua rakyat Malaysia yang berstatus warganegara.
“MyKad ini juga kesinambungan daripada sistem kad pengenalan negara, bermula dengan kad kertas (dari 1948 hingga 1960), (diikuti kad pengenalan plastik berwarna biru - 1960 hingga 1990), kemudian kad bunga raya (kad pengenalan bermutu tinggi - 1990 hingga 2001) dan kini (MyKad) diperkenalkan dalam bentuk lebih moden,” kata beliau.
Ujarnya, sekalipun tidak bersifat digital sepenuhnya, MyKad direka bagi menyokong pelbagai urus niaga dan perkhidmatan kerajaan dengan menggandingkan aplikasi digital seperti untuk lesen memandu, maklumat pasport antarabangsa dan kesihatan asas serta dompet elektronik (e-dompet).
“MyKad kini digunakan secara meluas dalam sektor kesihatan awam di Malaysia khususnya dalam pengurusan rekod kesihatan, vaksinasi dan akses perkhidmatan hospital kerajaan dengan cara pengesahan identiti.
“Kami juga telah dan sedang menjalinkan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam usaha meningkatkan keberkesanan perkhidmatan penyaluran bantuan kewangan,” jelasnya.
CIRI KESELAMATAN
Berhubung kegusaran orang ramai akan aspek keselamatan MyKad jika digunakan lebih meluas dalam urusan harian, Badrul Hisham berkata kad versi terkini dilengkapi cip yang mempunyai ciri-ciri keselamatan tersendiri.
"Perlu difahami bahawa ini bukan cip keselamatan, tetapi cip yang mengandungi ciri keselamatan dan cip ini hanya boleh dibaca, ditulis serta dicatat oleh sistem JPN sahaja yang diperakui oleh JPN.
"Walaupun cip ini turut digunakan dalam industri lain, penggunaannya dalam MyKad sangat terkawal," katanya.
Selain itu, ciri-ciri keselamatan yang dapat dilihat pada MyKad semasa ialah pengenalan gambar kedua atau “ghost image” yang menggunakan teknologi turihan laser selain kapasiti cip keselamatan pintar yang digunakan juga telah ditingkatkan.
Beliau berkata walaupun peranti pembaca cip terdapat secara meluas di pasaran, sistem JPN memastikan hanya peranti yang diiktiraf jabatan itu sahaja boleh mengakses data dalam MyKad.
"Kalau pergi ke kedai, meskipun menggunakan pembaca yang sama, data tidak boleh dibaca atau diubah, kerana hanya peranti dengan source code yang dimiliki oleh JPN boleh melakukannya," kata beliau.
Menurut beliau lagi, perkongsian data pemilik MyKad dengan agensi seperti LHDN, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis, Kementerian Kesihatan dan lain-lain pula dilakukan secara selamat sebagai menyokong pendekatan “Whole of Government”.
Jelas Badrul Hisham, cip MyKad dilengkapi kekunci keselamatan yang melindungi daripada capaian data tanpa kebenaran dan risiko penyalahgunaan data.
"Data di dalam MyKad hanya boleh diakses atau dibaca dengan tepat oleh alat pembaca kad yang menggunakan kod pengaturcaraan tertentu MyKad yang dibekalkan kepada syarikat dan diluluskan oleh JPN.
"Manakala data tertentu seperti cap jari, telah dienkrip dan memerlukan padanan kekunci sebelum boleh dibaca.
"Capaian data dalam cip MyKad adalah terhad dan sebarang pengemaskinian maklumat pada kad pengenalan hanya dapat dilaksanakan melalui gantian kad pengenalan di kaunter JPN," jelas beliau.
Tambahnya, agensi seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), bank, KWSP dan Tabung Haji hanya boleh membaca maklumat di dalam MyKad dan tidak boleh melakukan pindaan.
Dari segi perkongsian data pula, beliau berkata perkara itu dilakukan mengikut peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan selain perlu mendapat kelulusan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara.
“Perkongsian data ini dibenarkan hanya untuk tujuan tertentu seperti peningkatan perkhidmatan awam, pembangunan dasar atau penyelidikan, sambil memastikan keselamatan dan kerahsiaan data dilindungi," jelas beliau.
Berhubung risiko pemalsuan MyKad atau pengklonan data, Badrul Hisham menyatakan reka bentuk dan seni bina dokumen pengenalan diri itu dibuat mengikut piawaian antarabangsa ISO/IEC 7810 dan ISO/IEC 7816 serta amat sukar untuk dipalsukan.
"Setiap ciri keselamatan terdapat di pelbagai lapisan kad dan terdapat ciri keselamatan yang memerlukan peralatan khas untuk mengesan dan dilihat.
"Oleh itu, adalah amat sukar untuk memalsukan MyKad terutama cip MyKad," katanya.
MYKAD DALAM PENYALURAN BANTUAN
Pada masa ini, MyKad dimanfaatkan bagi penyaluran bantuan kewangan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), SARA dan eKasih.
SARA misalnya, melibatkan 5.4 juta penerima yang memanfaatkan bantuan disalurkan oleh Kementerian Kewangan bagi membeli barangan keperluan terpilih daripada 14 kategori di premis yang terlibat dalam program itu.
Tentang persepsi masyarakat bahawa bantuan SARA “dimasukkan” ke dalam MyKad, Badrul Hisham menjelaskan tiada wang dikeditkan ke dalam kad tersebut, sebaliknya data pemohon akan diakses melalui sistem kedai terlibat semasa transaksi dilakukan.
"Apabila kita pergi ke kedai-kedai terpilih (terlibat dalam SARA), apabila kita bagi MyKad… apabila dimasukkan nombor kad pengenalan di kedai itu, nama kita ada dan kita boleh membeli barangan mengikut jumlah (bantuan kewangan) yang disalurkan," katanya, menambah sistem juga akan memaparkan jumlah baki yang boleh dibelanjakan.
“Dalam konteks sumbangan SARA sebanyak RM100 untuk semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, rakyat cuma perlu serahkan MyKad kepada juruwang ketika mahu membuat pembayaran bagi verifikasi identiti,” jelasnya lagi.
Beliau menegaskan bahawa urusan menebus bantuan RM100 di bawah program SARA tidak boleh diwakilkan kepada individu lain selaras peraturan ditetapkan, di samping wang yang diberi tidak boleh dibawa ke depan atau disimpan untuk kegunaan lain.
“Perlu diingat, MyKad tidak boleh dipegang atau digunakan oleh individu lain termasuk ahli keluarga, selaras dengan Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990,” katanya.
Di bawah peraturan itu, mereka yang disabitkan dengan kesalahan menggunakan kad pengenalan orang lain boleh dipenjara hingga tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
Menjelang penyaluran bantuan RM100 SARA untuk semua warga Malaysia berusia 18 tahun ke atas bermula 31 Ogos ini, beliau menasihati pemegang MyKad agar memeriksa cip kad pengenalan masing-masing dan datang ke JPN bagi penggantian MyKad sekiranya cip mereka rosak.
FUNGSI MYKAD DILIHAT SEMAKIN SURAM
Sementara itu, Badrul Hisham mengakui hasrat awal JPN untuk menjadikan MyKad sebagai satu platform pelbagai guna masih belum tercapai sekalipun sudah dilaksanakan selama 24 tahun, selain minat dalam kalangan agensi kerajaan untuk menggunakan MyKad sebagai platform utama penyampaian perkhidmatan mereka juga semakin suram.
“Yang ada sekarang pun hanya guna MyKad sebagai (verifikasi) identiti asas, contohnya di hospital untuk pembayaran RM1 dan beberapa agensi seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) serta Jabatan Perikanan bagi subsidi minyak nelayan selain TNG yang masih setia dalam MyKad (sebagai e-dompet),” katanya.
Menurut beliau lagi, MyKad versi terbaharu mampu menyokong semua aplikasi digital untuk urusan pembelian, penyimpanan maklumat kesihatan dan perbankan kerana cip yang digunakan sekarang bersaiz 124 dan 128 kilobait (KB), berbanding hanya 84 KB sebelum ini.
“Tapi sekarang banyak agensi dah hentikan penggunaan MyKad dalam sistem masing-masing seperti JPJ. Kalau tidak, kita tidak perlu pun bawa lesen memandu, cukup dengan MyKad,” jelasnya.
MYKAD BUKAN SEKADAR PENGENALAN FIZIKAL
Mengulas pelaksanaan MyDigital ID dan penggunaan MyKad, Badrul Hisham berkata pewujudan MyKad secara fizikal tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959, justeru tidak tergugat dengan pelaksanaan MyDigital ID.
Katanya JPN komited untuk memastikan MyKad kekal sebagai dokumen identiti utama yang berdaya tahan dan relevan, selaras dengan kemajuan teknologi dan keperluan rakyat.
Justeru kata beliau, penggunaan MyKad pada masa depan bukan sekadar pengenalan fizikal, tetapi akan menjadi kunci utama kepada ekosistem digital Malaysia yang menggabungkan urusan perkhidmatan kerajaan, kewangan, kesihatan dan sosial dalam satu platform yang selamat, cekap dan mudah diakses.
“Di mana-mana negara sekalipun yang menggunakan sistem digital, kad pengenalan secara fizikal masih tidak dilupakan penggunaannya.
“Jadi, hasrat JPN pada masa akan datang adalah untuk menyediakan perkhidmatan secara 100 peratus ‘end to end’ termasuklah dalam bentuk perkhidmatan digital,” katanya.
Bagi menyokong usaha itu, Badrul Hisham berkata pihaknya dalam proses meminda Akta Pendaftaran Negara bagi membolehkan penggunaan aplikasi digital menerusi MyKad.
MYKAD KEKAL RELEVAN DALAM AGIHAN BANTUAN, SUBSIDI
Sementara itu, pensyarah kanan di Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia Dr Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee berkata MyKad ialah sistem maklumat peribadi warga Malaysia yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan, justeru kekal penting dalam pengagihan bantuan dan subsidi.
“MyKad merupakan pangkalan data bersepadu, membolehkan kerajaan mengenal pasti golongan sasar (untuk tujuan agihan bantuan dan subsidi bersasar) berdasarkan profil yang terkandung dalam MyKad, antaranya maklumat seperti pendapatan individu dan isi rumah, rekod penerimaan bantuan kerajaan seperti STR, SARA, status individu serta bilangan tanggungan,” katanya.
Menggunakan contoh pelaksanaan subsidi bersasar untuk petrol di stesen minyak, beliau berkata penggunaan MyKad lebih cekap kerana ciri-ciri keselamatan pada kad dapat mengelakkan duplikasi.
“Bagaimanapun jika kerajaan mahu melaksanakan agihan subsidi bersasar petrol menerusi imbasan MyKad pada masa akan datang, sebaiknya dipastikan infrastruktur teknologi maklumat dan digital di kawasan pedalaman dipertingkat,” saran beliau.
Umi Hamidaton turut mengesyorkan aspek mutu MyKad terus ditambah baik memandangkan masih wujud insiden cip keselamatan gagal dibaca selain kad itu sendiri mudah patah.
“Secara keseluruhannya, MyKad boleh dijadikan satu kaedah untuk pelaksanaan bantuan bersasar namun ia memerlukan pemerkasaan agar lebih berkesan,” katanya.
POTENSI BLOCKCHAIN DALAM MYKAD
Teknologi blockchain boleh meningkatkan keselamatan dan ketelusan sistem MyKad dengan menyimpan data dalam lejar digital yang tidak boleh diubah, membolehkan jejak audit penuh bagi setiap akses serta menggunakan kriptografi untuk pengesahan identiti secara selamat.
Berkongsi pandangannya dengan Bernama, Ketua Jabatan Fakulti Sains Data dan Komputeran Universiti Malaysia Kelantan Ts Dr Nor Alina Ismail berkata blockchain mampu menjamin integriti data MyKad dengan lebih baik melalui pencatatan data yang kekal, penggunaan kriptografi dan pengesahan transaksi yang telus di seluruh rangkaian, sekali gus menjadikannya sukar dimanipulasi atau digodam.
“Berbeza dengan sistem berpusat yang mudah terdedah kepada risiko pencerobohan dan kehilangan data, blockchain menawarkan penyimpanan teragih dan jejak audit masa nyata, sesuai untuk maklumat sensitif seperti rekod kesihatan dan identiti digital asalkan digabungkan dengan mekanisme perlindungan privasi tambahan,” jelas beliau.
Mengulas lanjut, Nor Alina berkata MyKad berpotensi untuk ditingkatkan menjadi “dompet identiti digital” melalui integrasi teknologi blockchain yang membolehkan pelbagai maklumat peribadi seperti e-dompet, sijil digital, lesen memandu, rekod kesihatan dan data pengenalan diri disatukan secara selamat dalam satu rantaian identiti tunggal.
Tambah beliau, menggunakan prinsip identiti berdaulat, teknologi blockchain dapat membantu pengguna MyKad mengawal akses kepada data peribadi mereka dengan menyediakan mekanisme pengesahan terdesentralisasi, kontrak pintar dan pengurusan kebenaran akses yang telus dan automatik.
“Melalui pendekatan itu, pengguna dapat menentukan dengan tepat siapa boleh melihat maklumat tertentu, bila dan untuk tujuan apa, tanpa perlu bergantung sepenuhnya pada pihak ketiga atau sistem pusat.
"Sebagai contoh, jika pengguna ingin berkongsi maklumat kesihatan dengan hospital, mereka boleh memberikan kebenaran sementara melalui kontrak pintar di mana hanya doktor tertentu dapat mengakses data tertentu (seperti sejarah alahan sahaja) dalam tempoh masa yang ditetapkan.
“Setiap akses direkodkan di blockchain membolehkan pengguna melihat log penuh aktiviti akses secara masa nyata.
"Teknologi seperti zero-knowledge proofs juga membolehkan pengguna mengesahkan maklumat sebagai contoh status warganegara atau umur tanpa mendedahkan keseluruhan data, sekali gus meningkatkan privasi,” katanya.
Menurut beliau lagi, teknologi itu juga menyokong kebolehgunaan merentas sektor seperti kegunaan untuk urusan kerajaan, perbankan, pendidikan, kesihatan dan pengangkutan dalam satu platform yang selamat dan diiktiraf.
Setiap agensi berkaitan boleh mengakses dan mengesahkan data pengguna melalui lejar digital bersama, iaitu semua maklumat penting seperti identiti, status kesihatan, kelayakan kewangan dapat disahkan secara automatik melalui kontrak pintar.
“Sebagai contoh, apabila seseorang memohon pinjaman bank, bank boleh mengakses identiti yang telah disahkan oleh JPN, serta status pekerjaan melalui KWSP atau LHDN, tanpa perlu pengguna menghantar dokumen fizikal.
“Pada masa yang sama, akses ini boleh dihadkan secara tepat melalui sistem kebenaran, hanya memberikan maklumat yang diperlukan dan direkodkan dalam bentuk log audit.
"Ini menjadikan proses lebih cekap, pantas dan kurang terdedah kepada penipuan sambil memastikan pengguna masih mempunyai kawalan penuh terhadap siapa yang boleh mengakses data mereka,” katanya.
Secara tidak langsung juga, teknologi blockchain berpotensi menjadi benteng keselamatan tambahan yang sangat kukuh dalam pengesahan dan transaksi menggunakan MyKad.
“Teknologi seperti digital signature dan multi-factor authentication berasaskan blockchain menambah lapisan keselamatan untuk memastikan hanya pemilik sah boleh mengakses atau menggunakan identiti mereka.
"Selain itu, jejak audit yang telus membolehkan semua percubaan akses direkod dan diawasi, membantu dalam pengesanan awal sebarang percubaan pemalsuan atau pencerobohan,” jelas Nor Alina.
Bagaimanapun kata beliau, untuk pelaksanaan sepenuhnya teknologi itu perlu ada kerangka undang-undang, infrastruktur digital yang stabil dan jaminan perlindungan privasi yang kukuh.
CABARAN KOS DAN INFRASTRUKTUR
Menjangkakan evolusi MyKad bergerak ke arah sistem identiti digital sepenuhnya dalam tempoh lima ke 10 tahun akan datang, beliau berkata Malaysia boleh mencontohi pelaksanaan identiti digital di negara seperti Estonia.
Mengulas cabaran kos dan infrastruktur yang perlu dipertimbangkan jika kerajaan ingin melaksanakan sistem MyKad berasaskan teknologi blockchain, Nor Alina mengakui pembangunan sistem tersebut memerlukan pelaburan besar kerajaan, meliputi antaranya pembangunan teknologi, peningkatan infrastruktur digital, penyelenggaraan jangka panjang serta latihan kepada penyedia perkhidmatan dan pengguna.
“Cabaran utama ialah kos permulaan yang tinggi kerana sistem sedia ada perlu dinaik taraf, jurang digital dirapatkan selain menambah baik perundangan berkaitan yang sedia ada, penggubalan perundangan baharu berkaitan identiti digital dan dasar keselamatan siber yang menyeluruh,” jelas beliau.
“Namun begitu, transformasi ini bergantung pada kesediaan infrastruktur digital, kerangka perundangan, literasi teknologi rakyat dan jaminan keselamatan data.
"Jadi dalam dekad ini, kita mungkin akan melihat pendekatan hibrid, di mana MyKad wujud dalam bentuk fizikal dan digital sebelum beralih sepenuhnya kepada identiti digital berasaskan blockchain apabila ekosistem teknologi dan undang-undang negara benar-benar bersedia,” katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kemudahan Pelbagai Fungsi MyKad: MyKad membolehkan pengesahan identiti dan urusan harian seperti pembayaran tol, tambang pengangkutan awam, dan pembelian barangan keperluan, mengurangkan keperluan membawa pelbagai kad.
- Keselamatan dan Evolusi Teknologi: MyKad dilengkapi ciri keselamatan seperti cip terkawal dan 'ghost image', dengan versi terbaharu sejak 2012, dan berpotensi ditingkatkan melalui teknologi blockchain untuk keselamatan data yang lebih baik.
- Peranan dalam Bantuan Kerajaan: MyKad memudahkan penyaluran bantuan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA), membolehkan penerima membeli barangan keperluan tanpa wang tunai, dengan data diakses secara selamat oleh agensi kerajaan untuk pengagihan bantuan bersasar.