awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MyKiosk bukan projek 'gajah putih', majoriti telah beroperasi - Nga

Bernama
Bernama
08/05/2025
08:16 MYT
MyKiosk bukan projek 'gajah putih', majoriti telah beroperasi - Nga
Sehingga Disember 2024, sebanyak 7,243 unit MyKiosk telah diluluskan di 133 pihak berkuasa tempatan (PBT). - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Dakwaan projek MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjadi projek 'gajah putih' adalah tidak benar dan tidak berasas, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Ringkasan AI
  • Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, menegaskan bahawa projek MyKiosk bukanlah projek 'gajah putih' kerana majoriti kios telah diisi, dengan hanya sebahagian kecil yang masih belum beroperasi.
  • Projek ini bertujuan membantu penjaja kecil dengan menyediakan ruang niaga yang sah, menawarkan sewaan percuma selama enam bulan pertama dan kadar sewa maksimum RM10 sehari.
  • Sehingga Disember 2024, sebanyak 7,243 unit MyKiosk telah diluluskan di 133 pihak berkuasa tempatan (PBT), membantu lebih 7,000 keluarga meningkatkan pendapatan mereka.

Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Kecemerlangan KPKT 2024 di sini hari ini, Nga berkata majoriti kios itu telah pun diisi, dengan hanya sebahagian kecil yang masih belum beroperasi.
"Tidak benar (dakwaan gajah putih). Majoritinya telah diisi, hanya sedikit (belum beroperasi).
"Arahan telah pun dikeluarkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan agar kesemua 7,000 kiosk di seluruh negara (untuk) diisi sepenuhnya," katanya.
Beliau berkata projek itu dijalankan berdasarkan permohonan menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT), yang mengutamakan penjaja kecil, khususnya yang berniaga secara tidak sah di tepi jalan.
"Dengan adanya MyKiosk, kita 'menghalalkan' perniagaan mereka menerusi sewaan percuma enam bulan pertama dan kadar sewa maksimum RM10 sehari," katanya.
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Tun Faisal Ismail Aziz sebelum ini mendakwa projek MyKiosk itu menjadi projek 'gajah putih' yang membazir dan tidak praktikal.
Projek MyKiosk KPKT adalah inisiatif kementerian itu untuk membantu golongan B40 dan peniaga perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) dengan menyediakan ruang niaga yang seragam, selamat dan selesa.
Projek itu bertujuan meningkatkan pendapatan dan taraf sosioekonomi penduduk setempat melalui penyediaan kios perniagaan dengan kadar sewaan yang rendah.
Sehingga Disember 2024, sebanyak 7,243 unit MyKiosk telah diluluskan di 133 PBT di seluruh negara, membantu lebih 7,000 keluarga meningkatkan pendapatan mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MyKiosk
#projek gajah putih
#Nga Kor Ming
#KPKT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami