awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

myPASS cepatkan proses permohonan permit kemasukan dari Singapura ke Malaysia

Bernama
Bernama
29/05/2020
20:21 MYT
myPASS cepatkan proses permohonan permit kemasukan dari Singapura ke Malaysia
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura menerima kira-kira 30,000 permohonan menerusi e-mel, mendorong kepada perubahan sistem itu.
Sistem Permohonan Permit Kemasukan Malaysia (myPASS), satu sistem permohonan berasaskan laman web khas yang baharu, dijangka dapat menyegerakan dan memudahkan pemprosesan permohonan permit masuk pelawat yang layak dari Singapura ke Malaysia ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dalam satu kenyataan bersama hari ini, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Telekom Malaysia (TM) dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) berkata sebelum ini, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura menerima kira-kira 30,000 permohonan menerusi e-mel, mendorong kepada perubahan sistem itu yang memanfaatkan sepenuhnya penggunaan teknologi.
"Kelebihan utama myPASS ialah pelawat boleh menghantar permohonan permit kemasukan menerusi proses yang lebih berstruktur dan terpandu.
"Justeru, kesilapan maklumat pada dokumen yang dihantar adalah kecil dan membolehkan permohonan lebih 80 peratus pelawat diproses dalam tempoh dua hari dengan permohonan ditolak berkurangan 95 peratus," demikian menurut kenyataan itu.
Selain itu, myPASS yang boleh diakses menerusi laman web khusus https://mypass.mhc.org.sg juga memastikan serahan permohonan yang lebih selamat dan borang terpandu mengurangkan kesilapan dalam permohonan.
Pemohon juga akan menerima kemas kini status permohonan mereka secara automatik.
Sistem myPASS dibangunkan oleh IRDA dan TM melalui Southern Strategic Economic Region (SSER), unit perniagaan strategiknya bagi Wilayah Selatan.
Untuk maklumat lanjut, pertanyaan boleh dimajukan kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura menerusi talian +65 6235 0111.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#IRDA
#Malaysia
#mypass
#pelawat
#permit
#Singapura
#Sistem Permohonan Permit Kemasukan Malaysia
#Southern Strategic Economic Region
#suruhanjaya tinggi malaysia di singapura
#Telekom Malaysia
#TM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan