PUTRAJAYA: Rangkaian Kolaboratif Pusat Sains Malaysia (MySains) ditubuhkan sebagai satu kerjasama berpusat dalam kalangan institusi pembelajaran sains bukan formal yang bertindak sebagai pemudah cara dalam usaha mempromosikan sains, teknologi dan inovasi (STI).
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata MySains yang ditubuhkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu juga bakal mengukuhkan peranan seluruh pusat sains Malaysia.
"Penubuhan MySains akan memberi impak positif dalam usaha penyebaran pembudayaan STI kepada masyarakat sehingga ke akar umbi.
"Rangkaian ini juga dapat merancakkan pembangunan lebih banyak pusat sains dan institusi pembelajaran STI bukan formal, selain memantapkan pembelajaran sains, teknologi, kejuruteraaan dan matematik (STEM)," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena pelancaran MySains pada Majlis Karnival Minggu Sains Negara dan Malaysia Techlympics 2023 Peringkat Akhir Kebangsaan di sini pada Isnin.
Chang berkata MySains juga akan menggerakkan ekonomi industri komunikasi sains seterusnya melahirkan lebih ramai generasi yang memilih STEM pada masa akan datang.
Menerusi MySains, katanya pelbagai aktiviti pameran, persidangan dan program komunikasi sains dapat dirancang dan dilaksanakan serta mewakili Malaysia sebagai organisasi STI atau STEM di peringkat antarabangsa.
Beliau berkata ia juga menjadi satu platform kerjasama antara institusi pembelajaran sains bukan formal dan lain-lain organisasi menerusi perkongsian informasi, pengetahuan, kemahiran dan aktiviti sains komunikasi.
"Antara peranan lain MySains ialah membimbing, memberi khidmat nasihat dan menyediakan bantuan teknikal kepada organisasi yang berhasrat membangunkan institusi pembelajaran STI bukan formal serta mengadakan kolaborasi dengan syarikat komersial dan pakar untuk pembangunan program pembudayaan STI," katanya.
Menurut Chang MySains dianggotai 12 organisasi iaitu MOSTI; Kementerian Pendidikan; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah; Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak; Pusat Sains Negara; Planetarium Negara; Universiti Malaya; Petrosains; Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu; Tech Dome Pulau Pinang; Young Scientist Network dan National STEM Association.
Dalam ucapan perasmiannya pada majlis itu, Chang berkata program Malaysia Techlympics 2023 telah berjaya merekodkan lebih 1.8 juta penyertaan dari seluruh negara sejak dilancarkan pada Mei lepas.
Keunikan program kali ini ialah pasukan yang menang telah mewakili negara ke pertandingan antarabangsa iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Negeri Sembilan dan Maktab Rendah Sains Mara Bentong, Pahang, yang beraksi di Global Game Exhibition G-Star, Korea Selatan pada 16 dan 17 Nov lepas.
"Malaysia Techlympics merupakan inisiatif MOSTI dalam usaha memperkasakan STI serta memupuk minat generasi muda terhadap STEM melalui pendekatan yang lebih menyeronokkan, membudayakan belia dengan minda, set kemahiran dan inovasi yang lebih bermakna dan berimpak tinggi melalui konsep pertandingan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2023

Chang berkata MySains yang ditubuhkan di bawah MOSTI itu juga bakal mengukuhkan peranan seluruh pusat sains Malaysia. - Foto BERNAMA

'Kedah Aerotropolis ambil kira dapatan kajian NASP, dipertimbang selepas kajian dimuktamad'
Kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) yang sedang dilaksanakan Kementerian Pengangkutan akan menilai keperluan sebenar projek pembangunan lapangan terbang termasuk Kedah Aerotropolis.

Penjawat awam Perak terima Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji
Penjawat awam Perak bakal menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) pada kadar dua bulan gaji yang akan dibayar penuh pada 20 Dis ini.

Anugerah Perhubungan Awam Malaysia iktiraf keunggulan industri
Malaysia Public Relations Awards (MPRA) tahun ini bakal mengiktiraf penerima anugerah dalam hampir 20 kategori untuk pelbagai kempen perhubungan awam dan komunikasi sepanjang tahun.

Kes pengubahan wang haram, rasuah Wan Saiful dibicarakan bersama
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya kes pengubahan wang haram dan rasuah berhubung projek Jana Wibawa yang dihadapi Wan Saiful dibicarakan bersama.

Najib mohon lepas tanpa bebas, kes SRC RM27 juta lebih 5 tahun tergantung
Najib memohon dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

PRK Kemaman: Jangkaan 70 peratus keluar mengundi - SPR
Abdul Ghani berkata, jangkaan itu bagaimanapun bergantung keadaan cuaca hujan yang melanda Pantai Timur termasuk di Kemaman ketika ini.

Korban akibat banjir di Kenya meningkat kepada 136 orang
Menurut Kementerian Dalam Negeri, lebih 92,400 isi rumah dan 462,100 penduduk terjejas.

Lima maut kemalangan kuari bagi tempoh tahun lepas sehingga Sept tahun ini - Saarani
Saarani berkata pengoperasian sesuatu kuari memerlukan Surat Kelulusan Skim Pengkuarian (SKSK) yang akan dikeluarkan JMG Perak.

Pelan liberalisasi visa: JIM kekal NTL, SOP kemasukan pelancong
Proses pemberian Notis Penolakan Masuk (NTL) dan prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai bagi pelancong ke Malaysia kekal dan tidak akan dikompromi.
AWANI Ringkas: Ditipu sindiket tawaran pekerjaan di utara Myanmar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MySains permudah cara usaha promosi STI - Chang
MySains ditubuhkan sebagai satu kerjasama berpusat dalam kalangan institusi pembelajaran sains bukan formal yang bertindak sebagai pemudah cara dalam usaha mempromosikan STI.