awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MySejahtera Vaccination dilancar hujung bulan ini, pastikan vaksinasi lancar - KKM

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
25/01/2021
12:21 MYT
MySejahtera Vaccination dilancar hujung bulan ini, pastikan vaksinasi lancar - KKM
Rangkaian proses seperti pendaftaran, jadual suntikan vaksin dan pemantauan akan dilaksanakan menerusi aplikasi berkenaan. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA:Aplikasi MySejahtera akan dinaik taraf dengan menampilkan beberapa perincian baharu antaranya MySejahtera Vaccination yang dijangka dilancarkan akhir bulan ini.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pengurusan Bencana, Wabak, Krisis dan Kecemasan Kementerian Kesihatan, Dr Mahesh Appannan, MySejahtera Vaccination dilancarkan bagi memastikan proses vaksinasi dapat dikendalikan dengan lancar.
Katanya, rangkaian proses seperti pendaftaran, jadual suntikan vaksin dan pemantauan akan dilaksanakan menerusi aplikasi berkenaan.
"Kita sarankan siapa yang belum muat turun aplikasi MySejahtera untuk berbuat demikian supaya apabila tiba pelaksanaan program vaksinasi, ia dapat dijalankan dengan lancar.
"Selain itu, kita dapat kendalikan proses pengesanan kontak dan penilaian kendiri dalam kalangan pesakit COVID-19, sekali gus memastikan tahap kesihatan mereka sentiasa terjamin.
"Bagi mereka yang positif, setiap maklum balas daripada laporan kendiri ini akan dikemukakan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) bagi pemantauan harian.
"Setiap hari pada jam 9 pagi, mereka perlu menjawab soalan penting," katanya dalam takimat media secara maya pada Isnin.
Dr Mahesh, berkata aplikasi MySejahtera yang dimuat turun oleh 27,313,193 (lebih 27.13 juta) pengguna termasuk tanggungan ketika ini ialah versi 1.25.
"Kita akan buat kemas kini dan ia akan dipaparkan menerusi versi baharu, iaitu 1.26 selari langkah memantapkan aplikasi MySejahtera," katanya.
Topic Berkaitan
#MySejahtera
#program vaksinasi
#Dr A Maheshwaran Roa
#COVID-19
#naik taraf
#pemantauan
#pendaftaran
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan