awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kelantan hargai arahan Perdana Menteri percepat penggantian titi gantung Lata Rek
'Green lab' bakal disediakan di sekolah rendah di Alor Gajah
Reman suspek kes letupan di Nilai disambung seminggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

N. Sembilan rekod 1,064 kes perceraian pasangan Islam setakat September

Bernama
Bernama
01/12/2021
07:12 MYT
N. Sembilan rekod 1,064 kes perceraian pasangan Islam setakat September
Angka itu dilihat rendah berbanding jumlah kes bagi keseluruhan tahun lepas dengan 2,563 manakala sebanyak 3,177 kes direkodkan pada 2019. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Mahkamah Syariah negeri merekodkan 1,064 kes perceraian bagi pasangan Islam sejak Januari hingga September lepas, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, angka itu dilihat rendah berbanding jumlah kes bagi keseluruhan tahun lepas dengan 2,563 manakala sebanyak 3,177 kes direkodkan pada 2019.
"Bagi kes perceraian melibatkan pasangan bukan Islam pula, sebanyak 1,418 kes dicatatkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi tempoh 2019 hingga 31 Ogos tahun ini," katanya pada sesi soal jawab lisan di sini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Gemencheh) mengenai jumlah kes perceraian bagi 2019, 2020 dan 2021 dan jenis bantuan dan khidmat nasihat yang diberikan.
Aminuddin berkata, JHEAINS telah menyediakan bantuan khidmat nasihat kepada pasangan suami isteri yang memerlukan sesi runding cara selain turut berkolaborasi dengan beberapa agensi termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memberi bimbingan kepada pasangan bermasalah.
"Kita juga turut mengadakan program kesedaran secara dalam talian untuk memberi kefahaman mengenai pasangan masing-masing dan aspek rumah tangga sepanjang tempoh pandemik COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perceraian
#Negeri Sembilan
#Aminuddin Harun
#Jheains
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan