KOTA KINABALU: Semua 187 orang daripada 51 keluarga yang dipindahkan akibat banjir di Nabawan telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah paras air di daerah itu menyurut.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan memberitahu pusat pemindahan sementara (PPS) Gereja SIB Salarom Baru yang dibuka pukul 12.30 tengah malam tadi, telah ditutup pada 11 pagi tadi.
"Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Nabawan Peter Jiton telah mengistiharkan PPS itu ditutup.
"Menurut beliau hasil tinjauan pihak berkuasa mendapati banjir terutama di persekitaran Kampung Salarom Baru, Mukim Pementerian sudah surut dan pulih.
"Cuaca pula dalam keadaan baik dan cerah pada petang ini di Nabawan," katanya dalam kenyataan itu hari ini.
Nabawan ialah sebuah daerah di kawasan pedalaman Sabah terletak kira-kira 195 kilometer ke arah selatan dari Kota Kinabalu yang mengambil masa empat hingga lima jam perjalanan antaranya merentas Banjaran Crocker.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 01 2023

Semua 187 orang daripada 51 keluarga yang dipindahkan akibat banjir di Nabawan telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah paras air di daerah itu menyurut. -Gambar fail/Bernama

UCL 2023: Manchester City muncul juara, tundukkan Inter Milan
Inter Milan hampir menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir apabila sepakan Romelu Lukaku diselamatkan oleh Ederson.

PAU2023: UMNO perlu bangkit jadi pilihan rakyat - Wan Rosdy
Wan Rosdy membangkitkan persoalan, adakah ahli UMNO dan BN gagal mempengaruhi keluarga dan saudara terdekat untuk menyokongnya.

Resepi para renang, olahraga boleh jadi inspirasi buat atlet normal - Hannah
Ia juga bertujuan melihat 'rahsia' kejayaan 50 emas, 38 perak dan 34 gangsa yang diraih kontinjen para negara untuk dikongsikan bersama MOM.

Belarus akan terima senjata nuklear pada Julai - Putin
Putin berkata persiapan di kemudahan berkaitan akan diselesaikan pada 7 dan 8 Julai sebelum pemindahan senjata nuklear dilaksanakan.

Kemudahan mesra OKU di Malaysia masih rendah - Nancy
Perbincangan bersama kementerian lain dan penelitian dasar OKU di luar negara akan dilakukan bagi memastikan peningkatan di negara ini.

PRN: PRM kenal pasti tiga calon berpotensi
Mereka ialah Teh Yee Cheu bagi kerusi DUN Air Putih, Lee Chui Wah (Tanjung Bungah) dan Abdul Ghani Haroon (Pantai Jerejak).

Perak pengeluar terbesar arowana pada 2022 - Jabatan Perikanan
Jumlah berkenaan adalah sebahagian besar daripada pengeluaran sebanyak 1,172,544 ekor arowana negara pada 2022.

Haqimi Azim digugur dari skuad kebangsaan atas faktor kesihatan
Pan Gon berkata, hasil pemantauan mendapati, tiada tanda positif Haqimi Azim dapat hadir menjalani kem latihan bersama rakan pasukan.

Ibu kepada pelajar 11A meninggal dunia
Tuan Faridah Tuan Ismail menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8.40 malam.

PM seru masyarakat beri tumpuan tingkat mutu pendidikan
Katanya, dengan berpandukan nilai serta akhlak, negara dapat melahirkan insan yang berilmu dan akademis kerana mengamalkan prinsip agama.

Korban banjir di Haiti meningkat kepada 51 orang
Hujan lebat di Haiti menyebabkan sekurang-kurangnya 51 orang maut, 18 hilang manakala 140 lagi cedera, menurut Direktorat Perlindungan Awam pada Selasa.

Dakwaan Empangan Chereh pecah tidak berasas
Tidak ada laporan dari mana-mana pihak berkaitan termasuk penduduk setempat dan Kerajaan Negeri Pahang mengenai perkara tersebut.

Rancangan tebatan banjir di Klang dilaksana segera - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan melaksanakan segera Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Klang.

Mangsa banjir di Bukit Raja dibenarkan pulang
Kesemua 70 orang daripada 16 keluarga yang dipindahkan akibat banjir di Bukit Raja, Klang dekat sini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Banjir Bukit Raja makin surut, jumlah mangsa terus menurun
Keadaan banjir di Bukit Raja, Klang, semakin pulih dan jumlah mangsa yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di situ terus menunjukkan penurunan.

Projek tebatan banjir LLM ditangguhkan seketika - MB
Kerajaan negeri masih mengenal pasti lokasi kolam takungan bagi menampung limpahan air apabila berlaku hujan lebat terutama di Bukit Raja.

Tujuh pekerja sekolah memandu cemas terperangkap banjir
Kerja-kerja menyelamat dan memindahkan mangsa giat dijalankan menggunakan bot fiber ke tempat selamat.

Banjir kilat di Selangor terkawal - Bomba
Keadaan banjir kilat yang melanda di beberapa kawasan sekitar Selangor pada awal pagi Ahad tidak menyebabkan kenaikan trend air sungai yang mendadak.

Banjir kilat: 9 laluan bas tidak dapat dilalui - Rapid KL
Sembilan laluan perhentian bas tidak dapat dilalui susulan kejadian banjir kilat berlaku kawasan Setia City Mall pada pagi Ahad.

Wanita cemas kereta terperangkap banjir
Wanita cemas kereta terperangkap banjir