awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nabila Razali seronok beraya di Kelantan, suka disapa Mek Nab

Gempak
Gempak
17/04/2024
03:15 MYT
Nabila Razali seronok beraya di Kelantan, suka disapa Mek Nab
Nabila bersyukur kerana dapat menyesuaikan diri dengan keluarga di sebelah suami.
PENYANYI Nabila Razali tidak kisah dengan panggilan ‘Mek Nab’ yang diberikan kepadanya ketika beraya di kampung suami, Nik Iruwan Nik Izani di Kelantan baru-baru ini.
Malah menurut Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 31, dia amat menyukai gelaran nama yang diberikan oleh netizen itu.
“Gelaran Mek Nab ni bukan saya yang mulakan rasanya, orang yang komen-komen panggil Mek Nab sebab saya beraya di kampung suami di Kelantan pada raya kedua.
“Lima hari saya beraya di Kelantan, jadi bila orang tengok konten yang saya muat naik di media sosial ketika berada di sana, mereka mula mengusik dan berkata habislah Nabila dah jadi Mek Nab.
“Tapi saya rasa nama itu macam cool juga kan. Jadi saya pun cuba panggil diri sendiri sebagai Mek Nab. Bagi saya gelaran itu pun sebenarnya satu perkara yang bagus,” ujarnya.
Nabila berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Astro Studios bertempat di GSC Mid Valley Megamall pada Selasa.
Dalam pada itu, Nabila juga turut melahirkan rasa syukur kerana dapat menyesuaikan diri dengan keluarga di sebelah suami.
“Alhamdulillah, kerisauan saya sebelum ini untuk beraya di kampung suami sudah jadi sedikit berkurangan.
“Alhamdulillah, saya rasa bersyukur sangat dapat menyesuaikan diri dengan saudara mara di sebelah suami walaupun itu merupakan kali pertama beraya bersama mereka di Kelantan,” kongsinya.
Terdahulu, Nabila menjadi tular selepas gelagatnya menyambut raya di Kelantan di sukai netizen.
Malah Nabila juga mula diberi gelaran sebagai Mek Nab (panggilan orang Kelantan) dan nama itu melekat sehingga ke hari ini.
Untuk info, Nabila dan ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani, 39, selamat bernikah pada 18 November tahun lalu di sebuah hotel di Pahang yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat. - Gempak
Topic Berkaitan
#Nabila Razali
#Mek Nab
#balik kampung
#Nik Iruwan Nik Izani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan