MALAYSIA
Nadia Kesuma dikesan sudah keluar dari lapangan terbang di Jeddah - Mohamad Hasan
Wisma Putra mengesahkan Nadia Kesuma yang dilaporkan gagal dikesan semasa transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada Khamis lepas, didapati telah meninggalkan kawasan lapangan terbang berkenaan. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Wisma Putra mengesahkan pelakon Nadia Kesuma yang dilaporkan gagal dikesan semasa transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada Khamis lepas, didapati telah meninggalkan kawasan lapangan terbang berkenaan.
Ringkasan AI
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pengesahan itu diterima daripada pihak Imigresen Arab Saudi oleh konsulat Malaysia di Jeddah.
"Kini selepas 20 jam beliau gagal dikesan, (kes beliau) sudah boleh diklasifikasikan sebagai orang hilang dan saya dah arahkan pejabat konsulat Malaysia untuk buat yang terbaik membantu usaha pencarian," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Perhimpunan Agung UMNO 2025 di sini hari ini.
Mohamad berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan kehilangan pelakon filem "Syaitan Munafik" itu yang gagal dikesan selepas penerbangannya ke London dari Kuala Lumpur sedang transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, pada Khamis.
Beliau berkata konsulat Malaysia mempunyai kerjasama baik dengan pihak polis Arab Saudi bagi memastikan usaha pencarian berjalan lancar.
"Kita mesti percaya akan kecekapan mereka (polis Arab Saudi) dan kita minta supaya pihak keluarga bertenang dan kita akan terus berusaha sebaik mungkin untuk mencari beliau," katanya.
Dalam pada itu, Mohamad menegaskan pihak agensi pelancongan yang membawa Nadia juga perlu bertanggungjawab untuk menguruskan kes kehilangan pelakon berkenaan.
Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Syed Bakri Syed Abdul Rahman sebelum ini memaklumkan kepada Bernama bahawa laporan mengenai kehilangan pelakon itu telah dibuat dan pihaknya menunggu hasil siasatan polis Arab Saudi.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Wisma Putra mengesahkan pelakon Nadia Kesuma telah meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah selepas gagal dikesan semasa transit pada Khamis lepas.
- Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, menyatakan bahawa kes hilang Nadia Kesuma sudah diklasifikasikan sebagai orang hilang selepas 20 jam beliau gagal dikesan, dengan arahan kepada konsulat Malaysia untuk membantu usaha pencarian.
- Pihak agensi pelancongan yang membawa Nadia juga dipertanggungjawabkan untuk menguruskan kes kehilangan pelakon tersebut, sementara konsulat Malaysia bekerjasama dengan polis Arab Saudi dalam usaha pencarian.