Skip to main content

Malaysia

Nadma keluar amaran kemungkinan banjir kilat di Sabah

61668610776_Banjir.jpg
KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mengeluarkan amaran kemungkinan banjir kilat di beberapa lokasi di Sabah dalam tempoh 12 jam.

Dalam satu kenyataan, Nadma memaklumkan lokasi terlibat ialah Kota Marudu, Kudat, Pitas, Sandakan dan Paitan.

Ramalan itu adalah berdasarkan maklumat daripada Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS Malaysia.

Kata Nadma, notis kesiapsiagaan itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk di kawasan berisiko berwaspada dengan sebarang kemungkinan.



Must Watch Video

Advertisement