awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NADMA laksana pembenihan awan di Papar, Lahad Datu dan Tawau

Bernama
Bernama
28/03/2024
14:42 MYT
NADMA laksana pembenihan awan di Papar, Lahad Datu dan Tawau
Operasi itu dilaksanakan bagi mendapatkan sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan ekoran cuaca panas. - Bernama
KOTA KINABALU: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaksanakan operasi pembenihan awan (OPA) di tiga daerah terjejas kemarau di Sabah iaitu Papar, Lahad Datu dan Tawau, selama tiga hari bermula hari ini.
Ketua Pengarah NADMA Datuk Khairul Shahril Idrus berkata operasi itu, dilaksanakan bagi mendapatkan sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan ekoran cuaca panas.
"Kemarau yang berlarutan sejak Februari, menyebabkan seramai 58,080 ketua isi rumah (KIR) dari 355 kampung di 12 daerah di Sabah berdepan masalah air...bahkan impak panas dan kering ini juga berlaku kebakaran hutan serta belukar di Sabah.
"Semoga usaha pembenihan awan yang dilaksanakan ini, boleh membantu dalam meningkatkan kapasiti air kawasan tadahan hujan dan seterusnya menjamin bekalan air, dapat disalurkan kepada pengguna tanpa sebarang gangguan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Operasi itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Meterologi Malaysia (METMalaysia), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta Jabatan Bekalan Air Labuan menggunakan pesawat C-130 Hercules milik TUDM berlepas dari Labuan dan membawa empat tangki air mengandungi campuran 800 kilogram garam dan 6,000 liter air.
Khairul Shahril berkata kerajaan negeri yang memerlukan bantuan menjalankan operasi pembenihan awan boleh mengemukakan cadangan kepada pihak NADMA bagi penilaian, kerana kesesuaian lokasi dan ramalan keadaan atmosfera di kawasan cadangan perlu dikaji terlebih dahulu oleh Met Malaysia, bagi menjamin kejayaan OPA.
"Kejayaan OPA bergantung kepada keadaan atmosfera yang sesuai, seperti kelembapan yang tinggi, kehadiran awan kumulus dan kelajuan angin yang lemah, faktor-faktor ini membolehkan penghasilan hujan yang tepat di kawasan sasaran," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan tips menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#pembenihan awan
#cuaca panas
#takungan air
#hujan
#Papar
#Lahad Datu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan