MALAYSIA
NADMA mohon mangsa banjir daftar di PPS, lengkapkan MyIBJKM untuk bantuan RM1,000
MEOR ISMAIL: Bantuan ini diberikan kepada mangsa yang terjejas banjir walaupun tidak berpindah ke PPS, yang pertama kena daftar dengan JKM dahulu, kemudian daftar dalam aplikasi. - Gambar fail/BERNAMA
KANGAR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memohon mangsa banjir di seluruh negara supaya mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di pusat pemindahan sementara (PPS) serta melengkapkan maklumat dalam aplikasi MyIBJKM untuk Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 disalurkan dengan cepat dan teratur.
Ketua Pengarah NADMA Meor Ismail Meor Akim berkata pendaftaran rasmi dengan JKM di PPS merupakan syarat utama sebelum bantuan itu dapat disalurkan kepada ketua isi rumah (KIR) selain memudahkan verifikasi dan pengesahan maklumat melalui sistem yang digunakan jabatan itu.
"Bantuan ini diberikan kepada mangsa yang terjejas banjir walaupun tidak berpindah ke PPS, yang pertama kena daftar dengan JKM dahulu, kemudian daftar dalam aplikasi.
"Jika mereka tidak daftar, kita bimbang timbul masalah sehingga melambatkan bayaran. Jadi, saya amat berharap semua mangsa, di mana-mana sahaja mereka berada, datang ke PPS dan daftar dalam aplikasi MyIBJKM menggunakan kod QR yang disediakan oleh JKM," katanya kepada pemberita selepas meninjau PPS Dewan 2020 di sini hari ini.
Meor Ismail berkata proses pembayaran bantuan itu akan dibuat melalui dua kaedah, iaitu secara pindahan wang elektronik (ETF) kepada penerima yang mengemas kini butiran dalam mana-mana akaun bank melalui MyIBJKM atau secara tunai kepada mereka yang tiada akaun dengan bantuan boleh diambil di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
"BSN akan memberikan notifikasi melalui SMS (Sistem Pesanan Ringkas) berkaitan kaedah bayaran BWI kepada penerima layak. Kita berharap semua mangsa yang layak, daftarlah dalam aplikasi MyIBJKM. Jika ada masalah teknikal atau tidak faham prosesnya, boleh jumpa pegawai JKM di PPS. Insya-Allah, semua dipermudah," katanya.
Sementara itu, beliau turut menasihati mangsa yang mempunyai anak kecil dan warga emas atau ahli keluarga berisiko tinggi supaya berpindah ke PPS demi keselamatan masing-masing selain memastikan pergerakan kanak-kanak sentiasa dipantau sepanjang berada di PPS.
Mengenai situasi banjir di Perlis, Meor Ismail berkata keadaan pada masa ini terkawal walaupun negeri itu sedang mengalami episod hujan berterusan berdasarkan ramalan semasa.
"Perlis pernah mengalami banjir besar pada 2010, dan kali ini juga luar biasa. Tetapi, saya lihat semua agensi bersiap siaga, koordinasi pun lancar. Kita doa keadaan kembali pulih dan jumlah mangsa semakin berkurang," katanya.
-- BERNAMA