MALAYSIA
NADMA salur bantuan kepada mangsa banjir Pulau Pinang dalam masa terdekat - Chow
Chow berkata perkara itu dimaklumkan NADMA, dengan banjir di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Barat Daya menyebabkan 1,201 mangsa daripada 333 keluarga dipindahkan ke tujuh PPS dari 24 hingga 27 Okt. - Gambar fail/Bernama
GEORGE TOWN: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang yang layak dalam tempoh masa terdekat, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Beliau berkata perkara itu dimaklumkan NADMA, dengan banjir di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Barat Daya menyebabkan 1,201 mangsa daripada 333 keluarga dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) dari 24 hingga 27 Okt.
"Kita bersyukur keadaan telah pulih dan tiada aset atau bangunan kerajaan negeri terjejas akibat banjir," katanya kepada pemberita pada sidang media Pameran Sains Antarabangsa Pulau Pinang (PISF) 2025 di sini hari ini.
Selain itu, Chow berharap kerja baik pulih lereng atau cerun di Laluan P14 Jalan Tun Sardon (Bukit Baru) dekat sini dapat siap lebih awal kerana penutupan jalan sejak 23 Okt itu menjejaskan ribuan pengguna khususnya dari Teluk Kumbar dan Bayan Lepas.
Beliau berkata kerja membaiki cerun di kawasan itu akan dijalankan dalam masa terdekat kemungkinan dengan menggunakan kaedah pembinaan tembok penahan konkrit.
"Semua bahagian cerun yang terkesan dalam kejadian sebelum ini (pada 2018) telah dibaiki dan bertahan lama, tetapi runtuhan yang berlaku baru-baru ini melibatkan bahagian tidak dipasang benteng konkrit," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang akan meneruskan aktiviti pembersihan runtuhan, pemecahan batuan dan pengalihan halangan di sepanjang Jalan Tun Sardon.
Bagaimanapun, hujan lebat pagi tadi menyebabkan beberapa aktiviti itu perlu dihentikan seketika.
"Kerja dialihkan kepada penstabilan cerun dan dilakukan dalam keadaan berhati-hati iaitu kontraktor dalam usaha memasang kanvas sebagai pelindung daripada hujan yang boleh menggerakkan lagi tanah," katanya.
-- BERNAMA