ALOR GAJAH: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sedia membantu mana-mana kawasan yang terjejas dengan kemarau di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.
Beliau berkata, Tabung Bencana Nadma boleh digunakan untuk membeli peralatan-peralatan seperti 'Portable Water Treatment Plant' (PWTP) yang boleh digunakan di kawasan-kawasan terjejas bekalan air akibat kemarau.
"PWTP berkenaan boleh menghasilkan sehingga 120,000 liter air sehari, yang boleh membantu lebih kurang 8,000 mangsa di kawasan terjejas.
"Selain itu, kita juga mengadakan perbincangan dengan beberapa agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Meteorologi dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), untuk membuat kajian mengenai cuaca pada masa hadapan," katanya kepada Bernama selepas Majlis Pelancaran Pak Wan Prihatin Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia di Dataran Peladang di sini, hari ini.
Selasa lepas, kerajaan negeri Melaka menerima lima unit PWTP bernilai RM2.25 juta daripada Nadma, sebagai persediaan menghadapi kemarau yang sering berlaku ketika Monsun Barat Daya yang terjadi antara Mac hingga Jun setiap tahun.
Dalam pada itu, Mohd Redzuan yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, pelaksanaan dasar-dasar kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menangani pandemik COVID-19, nyata menarik minat Ahli Parlimen pembangkang untuk menyatakan sokongan kepada kerajaan Persekutuan.
"Walaupun mereka tak bersama kita, tapi menyatakan sokongan kepada kita. Ini satu perubahan yang sihat untuk memastikan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh perdana menteri, terus melaksanakan tanggungjawab kita kepada rakyat tanpa mengira agama dan bangsa," katanya.
Semalam, Ahli Parlimen Kuala Langat Datuk Dr Xavier Jayakumar, mengumumkan peletakan jawatan serta-merta sebagai Naib Presiden dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan telah membuat keputusan untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas yang menyokong blok Kerajaan di bawah pimpinan Muhyiddin.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 14 2021
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof. - Foto Sinar Harian
PM Anwar hulur sumbangan kepada Daddy Rock
Perdana Menteri berkata Shahrol Asikin yang mengalami masalah komplikasi jantung akan menjalani prosedur pembedahan jantung bulan depan.
Larian hari pertama obor Olimpik di Perancis selesai, Drogba nyalakan kawah
Basile Boli menjadi pembawa obor pertama, memulakan larian dari Basilika Notre-Dame de la Garde yang ikonik.
Mahkamah Agung India bebaskan Ketua Menteri Delhi dengan jaminan sementara
Kejriwal ditahan Direktorat Penguatkuasaan pada 21 Mac berkaitan siasatan rasuah yang melibatkan dasar penjualan alkohol di Delhi.
PM Anwar seru Sime Darby Plantation jadi pelopor kurangkan kebergantungan buruh asing
Anwar berkata pendekatan dan kemajuan teknologi yang digunakan Sime Darby Plantation, disasarkan menjadi contoh kepada pekebun-pekebun kecil.
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Guna anak patung Doraemon untuk upacara panggil hujan
Anak patung Doraemon itu turut diarak ke sekitar jalan utama di Khao Khala selepas kawasan tersebut berdepan kemarau berpanjangan.
Cuaca panas dunia bakal cecah suhu ekstrem
El Nino akan mendorong kurangnya hujan dan berlakunya episod kemarau yang lebih teruk daripada biasa.
Kemarau: Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan
Beting pasir tersebut mula kelihatan sejak pertengahan Ramadan lepas dan saiznya semakin besar dari sehari ke sehari.
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.
Cuaca panas: Lebih 500 kebakaran direkodkan dalam tempoh tiga bulan - Bomba Kelantan
Peningkatan lebih 50 peratus itu agak membimbangkan dan dikenal pasti susulan cuaca panas serta kemarau yang melanda kira-kira dua bulan lepas.
Kemarau: KADA anggar 40,000 tan metrik hasil padi terjejas
Kawasan tersebut sangat kering, mengakibatkan tanah merekah dan tanaman rosak teruk.
Cuaca panas: Petani di Kelantan pasrah, tiada hasil padi dituai
Antara kawasan tanaman padi yang terjejas teruk ialah Kota Bharu Utara dan Selatan, terutama di sekitar Ketereh yang bergantung sepenuhnya kepada sumber air daripada pam Kemubu.
Penduduk kawasan terjejas kemarau mahu air minuman berbotol dijual di PJR
Ada penduduk terpaksa berbelanja antara RM80 hingga RM100 seminggu bagi membeli air minuman berbotol untuk tujuan masakan dan minuman.