awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nadma siap sedia hadapi banjir di Pahang, Johor - Shahidan

Bernama
Bernama
08/12/2017
20:28 MYT
Nadma siap sedia hadapi banjir di Pahang, Johor - Shahidan
Shahidan berkata berdasarkan amaran cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Mersing dan Kota Tinggi di Johor kini berada di tahap jingga hingga Ahad ini. -Gambar fail
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah bersiap sedia hadapi kemungkinan berlaku banjir di beberapa kawasan di Pahang dan Johor yang kini berada di amaran tahap jingga.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata berdasarkan amaran cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Mersing dan Kota Tinggi di Johor kini berada di tahap jingga sehingga Ahad ini.
"Di pihak saya kita telah letakkan semua agensi bersiap siaga untuk memindahkan mangsa sekiranya berlaku banjir berdasarkan amaran hujan yang dikeluarkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Perhimpunan Agung UMNO di sini, pada Jumaat.
Dalam pada itu, beliau berkata NADMA turut bersedia di kawasan amaran kuning seperti di Dungun dan Kemaman di Terengganu serta Kuching, Samarahan, Serian, Sarikei, Sibu dan Mukah di Sarawak
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#amaran kuning
#banjir
#Jabatan Meteorologi
#Shahidan Kassim
#tahap jingga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan