MUAR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin penglibatan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dalam rantaian nilai ayam melalui anak syarikatnya Medan Juara Sdn Bhd (MJSB), mampu membantu memperkukuh keterjaminan makanan negara khususnya dalam pembekalan ayam pedaging.
Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata walaupun jumlah berkenaan tidak besar, ia dilihat dapat membantu pengusaha kecil-kecilan yang terlibat dalam sektor itu.
"NAFAS akan terus terlibat dalam industri ayam pedaging dan harga ayam sekarang pun sudah mulai stabil kalau naik pun tidak sampai ke harga syiling, jadi saya berterima kasih kepada semua pihak terlibat, penternak besar serta penternak kecil yang menyebabkan harga ayam dan telur terkawal.
"Kita mahu NAFAS, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berganding bahu bagi memastikan keterjaminan makanan pada masa hadapan," katanya selepas menghadiri Program Santai Peladang Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama Pemimpin Peladang Zon Selatan 2023 di sini pada Isnin.
Turut hadir Pengerusi LPP Datuk Mahfuz Omar, Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS Zamri Yaakob, Ketua Pengarah LPP Datuk Azulita Salim dan Pengurus Besar NAFAS Muhammad Faris Arriffin.
Terdahulu, Mohamad menyerahkan peruntukan daripada LPP bernilai RM2.35 juta kepada NAFAS bagi Projek Menaik Taraf Bangunan Pusat Penetasan Anak Ayam (kompleks penetasan) yang dikendali syarikat subsidiari NAFAS, Medan Juara Sdn Bhd (MJSB).
MJSB, yang beroperasi mengeluarkan anak ayam pedaging berumur sehari atau dikenali sebagai day old chicken (DOC) merupakan syarikat usaha sama utama NAFAS dan Pertubuhan Peladang Negeri Johor serta beberapa Pertubuhan Peladang Negeri.
Sementara itu, Zamri dalam ucapannya menzahirkan penghargaan atas peruntukan yang diberikan menerusi Program Pemerkasaan Ladang Satelit Pertubuhan Peladang berkenaan di bawah Program Mekanisasi dan Automasi Agromakanan 2023.
Katanya kerja-kerja menaik taraf kompleks penetasan itu telah bermula pada Julai lepas dan dijangka siap hujung tahun ini, sekali gus akan menjadi bangunan yang lebih moden dan sistematik bagi proses meningkatkan kualiti anak ayam pedaging dan memelihara biosekuriti kompleks penetasan.
"Kapasiti semasa pengeluaran anak ayam pedaging MJSB adalah 500,000 ekor sebulan atau bersamaan enam juta ekor setahun. MJSB menyasarkan untuk meningkatkan pengeluaran kepada tujuh juta ekor menjelang 2025 secara berperingkat
"Justeru, menaik taraf kompleks penetasan ini merupakan langkah penting bagi memastikan peningkatan pengeluaran dapat dicapai pada tahun akan datang," katanya.
Zamri berkata Ladang Ayam Baka MJSB mula beroperasi pada 1995 dengan hanya dua reban ayam tertutup serta dua unit mesin pengeraman dan penetasan, sebelum ia ditingkatkan kepada 10 reban dengan kapasiti setiap reban ialah 10,000 ekor ayam baka.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023
Mohamad Sabu berkata walaupun jumlah berkenaan tidak besar, ia dilihat dapat membantu pengusaha kecil-kecilan yang terlibat dalam sektor itu. - Gambar hiasan/BERNAMA
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Operasi, obligasi NAFAS tidak terjejas akibat penggantungan - Mohamad Sabu
Operasi dan obligasi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) kepada mana-mana pihak ketiga tidak terjejas berikutan penggantungan perlembagaan pertubuhan itu bermula 1 Nov lepas.
Isu kesesakan di BSI, KLIA, kontroversi NAFAS antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Menteri Dalam Negeri ditanya mengenai inisiatif dan langkah yang telah dan akan dilaksanakan bagi menangani kesesakan di BSI dan KLIA.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
PAC akan panggil Khazanah, PNB isu FashionValet, juga akan panggil NAFAS
Prosiding itu dijangka diadakan pada minggu kedua Disember 2024.
Tiada halangan, tidak masuk campur siasatan libatkan NAFAS, Khazanah - PM Anwar
Perdana Menteri bertegas tidak akan menghalang dan masuk campur dalam siasatan terhadap NAFAS dan Khazanah oleh SPRM.
Perlembagaan NAFAS digantung berkuat kuasa hari ini
Perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) digantung berkuat kuasa hari ini, bagi menambah baik tatakelola dan tadbir urus pertubuhan itu.
Tidak wujud kartel, monopoli dalam pembekalan baja - NAFAS
Tidak wujud istilah kartel atau monopoli baja dalam pembekalan baja yang diuruskan oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).
MAHA 2024: NAFAS catat hasil jualan hampir RM1 juta
Muhammad Faris berkata ia merupakan rekod hasil penjualan terbesar yang dicapai pertubuhan itu dalam sejarah penyertaannya dalam MAHA.
NAFAS perkenal Kit Pertanian Bandar, galak lebih ramai tanam sayur di rumah
NAFAS harap Kit Pertanian Bandar akan dapat memudahkan lebih banyak keluarga di kawasan bandar untuk mula menanam sayur di rumah masing-masing.
NAFAS komited bantu kerajaan tangani isu bekalan beras putih tempatan
Zamri berkata NAFAS mampu untuk terlibat secara langsung dalam rantaian pembekalan beras negara.