awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas bas Jalan Kuantan-Segamat: Lapan mangsa masih dirawat di hospital

Bernama
Bernama
11/06/2024
08:57 MYT
Nahas bas Jalan Kuantan-Segamat: Lapan mangsa masih dirawat di hospital
Bas membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan merempuh sebuah treler membawa muatan gelung besi. -Gambar fail/Sinar Harian
PEKAN: Sebanyak lapan mangsa kemalangan bas persiaran di Jalan Kuantan-Segamat, Rompin pada Ahad masih menerima rawatan di hospital di Kuantan, Segamat dan Melaka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni.
Beliau berkata lima mangsa sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Hospital Segamat, Johor (dua) dan satu di pusat perubatan swasta di Melaka, manakala 27 mangsa yang cedera sudah dibenarkan pulang.
"Lima mangsa yang dirawat di HTAA berada di wad biasa dalam keadaan stabil dengan seorang pesakit masih tidak boleh bergerak kerana mengalami patah tulang vertebra L1-L4 (manakala) seorang pesakit telah dipasang tiub dada kerana mengalami kecederaan paru-paru.
"Dua pesakit masih perlu pemantauan kerana mengalami patah pada tulang vertebra dan tulang rusuk dan seorang pesakit masih diletakkan kolar leher kerana mengalami kecederaan di tulang serviks," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini mangsa kemalangan nahas tersebut selepas melakukan lawatan kerja di Pejabat Kesihatan Daerah Pekan, Pahang di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Datuk Dr Rusdi Abd Rahman.
Dalam nahas jalan raya itu, empat maut manakala 35 cedera selepas bas yang dalam perjalanan membawa rombongan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras terbabit dalam kemalangan.
Mangsa yang maut ialah Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram Hasnatul Adilah Hassan, 48, pemandu kedua bas Hadi Asyraf Mad Idris, 29, pembantu operasi sekolah Hamzah Ahmad, 60 dan guru, Dahlia Ahmad, 52.
Bas yang membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu dilaporkan terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan merempuh sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nahas bas rombongan guru
#kemalangan bas-treler
#bas persiaran
#Jalan Kuantan-Segamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan