awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas Elmina: Laporan akhir selesai Ogos tahun depan - Kementerian Pengangkutan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
15/09/2023
02:30 MYT
Nahas Elmina: Laporan akhir selesai Ogos tahun depan - Kementerian Pengangkutan
Laporan akhir nahas pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor, pada 17 Ogos lalu, akan diselesaikan pada Ogos tahun depan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Laporan akhir nahas pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor, pada 17 Ogos lalu, akan diselesaikan pada Ogos tahun depan.
Menurut Kementerian Pengangkutan, ia selaras dengan standard Annex 13 kepada Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO Annex 13) yang memperuntukkan tempoh 12 bulan dari kemalangan tersebut untuk melengkapkan dokumen berkenaan.
"Hari ini, Kementerian Pengangkutan telah menerima Laporan Awal Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) mengenai kemalangan udara pesawat N28JV berhampiran Elmina, Shah Alam.
"Laporan Awal tersebut memenuhi standard Annex 13 kepada Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO Annex 13) yang memerlukan penyediaan laporan awal dalam tempoh 30 hari daripada insiden tersebut.
"Laporan ini mengandungi pernyataan fakta dan penemuan awal yang telah ditentukan sehingga waktu penerbitan laporan ini dan ia harus dianggap sebagai tentatif dan boleh diubah atau diperbetulkan jika terdapat maklumat dan bukti tambahan," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Kementerian Pengangkutan turut merakamkan penghargaan kepada usaha teliti BSKU dan bertekad untuk memperkasakan keselamatan penerbangan berdasarkan penemuan biro.
"Kementerian juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat dan Biro Penyiasatan Keselamatan Pengangkutan (TSIB) Singapura atas bantuan yang diberi di dalam penyiasatan BSKU melalui Accredited Representative masing-masing dan penasihat-penasihat teknikal mereka, sama ada di dalam negara atau di luar negara," katanya.
Pada 17 Ogos lalu, pesawat Beechcraft Model 390 Premier 1 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi terhempas dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Subang.
Tragedi itu meragut 10 nyawa termasuk lapan penumpang dan krew di atas pesawat dan dua pengguna jalan raya.
Laporan Awal boleh dimuat turun di pautan https://www.mot.gov.my/en/aviation/reports/a05-23.
Topic Berkaitan
#nahas Elmina
#pesawat terhempas
#Beechcraft Premier 1
#laporan pesawat terhempas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan