NATIONAL
Nahas enam kenderaan: Pemandu lori positif dadah

Seorang wanita berusia 31 tahun maut akibat tersepit, dan empat lagi cedera dalam kemalangan ini. -Gambar fail/Sinar Harian
SEREMBAN: Pemandu lori membawa muatan pasir yang terbabit dalam kemalangan maut melibatkan lima kereta lain dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Persiaran Golf, Nilai di sini semalam didapati positif dadah.
Ringkasan AI
- Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan maut di Persiaran Golf, Nilai didapati positif dadah jenis methamphetamine.
- Seorang wanita berusia 31 tahun maut akibat tersepit, dan empat lagi cedera dalam kemalangan tersebut.
- Pemandu lori kini direman selama empat hari sehingga 1 Oktober untuk melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Dalam kejadian kira-kira 3.45 petang semalam, seorang wanita berusia 31 tahun maut akibat tersepit dan empat lagi cedera manakala pemandu lori dan empat mangsa lain yang terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Siasatan awal mendapati insiden berlaku selepas lori dipandu lelaki berkenaan hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar lima kereta yang sedang berhenti di lampu isyarat merah.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami