NATIONAL
Nahas FRU: Masih tiada pihak bayar jaminan, pemandu lori kekal di lokap - Polis

Rudi Zulkarnain Md Radi akan terus ditempatkan di lokap Batu Gajah hingga tarikh sebutan semula kes ditetapkan mahkamah iaitu pada 17 Jun. - Gambar fail/Bernama
TELUK INTAN: Masih tiada pihak tampil membayar jaminan untuk pemandu lori yang didakwa memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), setakat hari ini.
Ringkasan AI
- Jaminan Tidak Dibayar: Pemandu lori yang didakwa memandu secara berbahaya masih belum menerima bayaran jaminan RM6,000 daripada mana-mana pihak, menyebabkan dia terus ditempatkan di lokap Batu Gajah sehingga 17 Jun.
- Teguran & Siasatan Berterusan: Mahkamah menetapkan jaminan bagi pemandu lori yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan, sementara pihak polis masih mencari saksi yang mendakwa melihat pemandu cuba mengelak sebuah kenderaan sebelum nahas.
- Lawatan Sultan Perak: Sultan Nazrin Shah berkenan melawat anggota FRU yang cedera di Hospital Teluk Intan sebagai tanda keprihatinan terhadap mangsa dan keluarga mereka.
Terdahulu, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat melawat dan menyantuni anggota FRU yang dirawat di HTI akibat kemalangan pada Selasa lepas.
Semalam, Mahkamah Majistret Teluk Intan menetapkan jaminan RM6,000 terhadap pemandu lori tersebut selepas dia dituduh memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian sembilan anggota FRU berkenaan.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua tuduhan berkenaan.
Media hari ini melaporkan terdapat netizen di media sosial berhasrat membayarkan wang jaminan terbabit.
Dalam pada itu, Zulkafli berkata saksi yang mendakwa melihat pemandu lori cuba mengelak sebuah kenderaan di lokasi kejadian masih belum tampil bagi membantu siasatan.
"Sekiranya ada, pihak polis akan menerusan siasatan susulan bagi tujuan perbicaraan," katanya.
Beliau berkata setakat ini seramai 16 saksi telah dipanggil untuk diambil keterangan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami