awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua maut dalam nahas tiga kenderaan di Jalan Puncak Borneo
[KEMAS KINI] Tuduhan rasuah RM2.8 juta: Bung Moktar dilepaskan, kes Zizie Izette diteruskan
Ketua PBB kecam tindakan Israel “ceroboh” pusat kesihatan UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas Gua Musang: Polis kenal pasti identiti mangsa yang maut

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
29/09/2017
08:33 MYT
Nahas Gua Musang: Polis kenal pasti identiti mangsa yang maut
kenderaan membawa muatan beras itu kemudiannya merempuh kereta jenis Proton Wira dinaiki keluarga berkenaan yang datang dari arah bertentangan. - Astro AWANI / VIVI SUMANTI
Polis telah mengenal pasti identiti kesemua empat sekeluarga yang maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 52, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Gua Musang pagi tadi.
Mangsa dikenal pasti sebagai Zainuddin Anuar, 30; isteri, Raizuamira Daud, 31; anak sulung mereka, Nur Annisa Sofea, 2, dan bayi yang baharu lahir, Zayyan Nazreel berusia 13 hari.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Superintendan Abdullah Daud berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.20 pagi tadi itu sebuah treler yang datang dari arah Kuala Krai menuju ke Gua Musang dipercayai gagal dikawal lalu memasuki ke laluan bertentangan.
Katanya, kenderaan membawa muatan beras itu kemudiannya merempuh kereta jenis Proton Wira dinaiki keluarga berkenaan yang datang dari arah bertentangan.
Kejadian itu menyebabkan kereta terbabit terperosok ke bawah lori mengakibatkan kesemua mangsa tersepit dan maut di tempat kejadian.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jenazah empat beranak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Sangkut, Pasir Mas.
Topic Berkaitan
#Gua Musang
#Hospital
#Kanak-kanak
#Kelantan
#kemalangan
#Kuala Krai
#mayat
#Nahas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan