Pencarian bangkai helikopter AS350 yang terhempas di Batang Lupar, Sarawak pada Khamis lepas masih diteruskan bagi membolehkan siasatan punca berlakunya kemalangan itu dijalankan, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman.
Beliau berkata operasi mencari dan mendapatkan bangkai pesawat itu diketuai DCA bersama-sama dengan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT).
Ia juga dibantu pelbagai agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, polis marin, Tentera Laut Diraja Malaysia, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan agensi lain yang berkaitan, katanya.
LAPOR LANGSUNG: Rangkuman nahas helikopter AS350
"Pihak DCA akan memaklumkan sebarang perkembangan berhubung operasi mencari dan mendapatkan bangkai pesawat ini dari semasa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam insiden pada 5 Mei lepas, helikopter yang membawa lima penumpang serta juruterbang dilaporkan hilang pada 4.12 petang sejurus berlepas dari Betong untuk ke Kuching.
Mereka yang terkorban dalam nahas itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dan suaminya Asmuni Abdullah, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun, Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Ketua Setiausaha kementerian tersebut Datuk Dr Sundaran Annamalai dan juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas.
Azharuddin berkata operasi mencari dan menyelamat bagi insiden itu dihentikan secara rasmi susulan penemuan mayat terakhir pada 10 Mei.
"Pencarian bangkai pesawat masih diteruskan bagi membolehkan siasatan punca berlakunya kemalangan dapat dijalankan bagi memastikan insiden seumpama ini tidak akan berulang pada masa yang akan datang," katanya.
Bernama
Thu May 12 2016
Azharuddin berkata operasi mencari dan menyelamat bagi insiden itu dihentikan secara rasmi susulan penemuan mayat terakhir pada 10 Mei. - Gambar fail
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.