IPOH: Nahas helikopter di Bidor dekat sini semalam merupakan kemalangan maut kedua melibatkan pesawat Eurocopter EC120B di Malaysia.

Juruterbang helikopter berusia 58 tahun dikenali sebagai Tsz Kin Richard Chan berdasarkan lesen juruterbang yang dikeluarkan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat, ditemukan maut oleh pasukan mencari dan menyelamat pagi tadi selepas Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) melaporkannya hilang semalam.

Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) pada pukul 12.16 tengah hari, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada pukul 11.37 pagi semalam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini pada 12.37 tengah hari Ahad dan lokasi terakhirnya dikesan di Hutan Simpan Chikus dekat Bidor.

Mengulas mengenai nahas terkini itu, pakar penerbangan tempatan Prof Madya Mejar Mohd Harridon Mohamed Suffian memberitahu Bernama nahas helikopter jenis Eurocopter EC120B itu menjadi tumpuan, terutamanya kepada penyiasat yang ditugaskan untuk mencari punca sebenar kemalangan itu.

"Amat penting sekali punca sebenar nahas itu diketahui untuk meningkatkan keselamatan dalam industri penerbangan. Data daripada KLATCC menunjukkan penurunan altitud pada kadar yang tinggi dalam masa singkat kurang daripada satu minit yang membawa kepada satu situasi atau senario,

Nahas | Juruterbang helikopter terhempas disahkan maut

"Pada masa ini, langkah terbaik ialah mengumpulkan maklumat dan data berkaitan serta menggeledah kawasan nahas untuk mendapatkan fakta untuk membina naratif penerbangan maut itu secara holistik," katanya yang bertugas di Seksyen Penyelidikan dan Inovasi, Institut Teknologi Penerbangan Malaysia Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Mohd Harridon berkata pihak berkuasa akan mengepung dan mengawal kawasan nahas itu untuk mengelakkan bukti daripada terjejas, kenyataan saksi kejadian akan diambil dan rekod penyenggaraan helikopter akan diteliti sama ada berlaku kegagalan mekanikal atau terdapat poket udara yang menjejaskan penerbangan helikopter itu.

Beliau berpendapat saluran lain juga akan diteliti seperti pembawaan juruterbang, faktor psikologi dan lain-lain faktor manusia yang berkaitan.

Bangkai pesawat Eurocopter yang dimiliki oleh sebuah syarikat swasta telah diserahkan kepada CAAM untuk tindakan lanjut dan siasatan selanjutnya akan dilakukan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara Kementerian Pengangkutan menurut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Menurut laman sesawang penerbangan, Aviation Safety Network (https://aviation-safety.net/wikibase/type/EC20) , nahas pertama melibatkan model helikopter yang sama ialah di Sungai Lingga, Sri Aman, Sarawak pada 20 Julai 2012 yang mengorbankan tiga nyawa.

Nahas semalam merupakan insiden ke-97 direkodkan sejak kemalangan pertama Eurocopter EC120B di Springtown, Texas, Amerika Syarikat pada 26 Feb 1999.

-- BERNAMA