Skip to main content

Malaysia

Nahas helikopter: Lima jasad diserah kepada waris

KUCHING, 1 Sept - Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, hari ini. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Mohamad Zainal berkata siasatan bagi menentukan punca sebenar nahas kini diteruskan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara. - Gambar fail/BERNAMA
Advertisement

MIRI: Kesemua lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Baram, diserahkan kepada waris masing-masing semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata dengan selesainya proses penyerahan itu, urusan seterusnya termasuk membawa pulang jasad ke kampung halaman akan dikendalikan waris dengan bantuan pihak berkaitan.

“ … kita telah menyerahkan kesemua mangsa kepada waris untuk proses selanjutnya,” katanya kepada pemberita di Hospital Miri, di sini semalam.

Beliau berkata pengaturan penerbangan akan dibuat mengikut keperluan setiap keluarga, dengan sebahagiannya dijangka diterbangkan hari ini.

“Sebahagian daripada mereka mungkin menggunakan penerbangan komersial, manakala penerbangan lain turut dipertimbangkan bergantung pada pengaturan yang dibuat,” katanya.

Polis turut melaksanakan proses pengecaman barangan peribadi mangsa untuk diserahkan kepada waris masing-masing.

Mohamad Zainal berkata siasatan bagi menentukan punca sebenar nahas kini diteruskan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU).

Helikopter yang menjalankan penerbangan FDS itu terhempas di Long Lellang, Baram, pada Selasa lepas, mengorbankan lima individu.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement