awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris

Bernama
Bernama
24/04/2024
06:13 MYT
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Sivanesan berkata perkara itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Perak pada minggu depan. - Gambar fail/Bernama
IPOH: Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas dari negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri A Sivanesan berkata perkara itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Perak pada minggu depan.
"Ini merupakan satu tragedi yang amat menyedihkan dan kerajaan negeri sentiasa bersama keluarga atau waris ketiga-tiga mangsa," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Jabatan Forensik Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini hari ini.
Mangsa dari Perak ialah Leftenan Sivasutan Thanjappan, 31; Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi, 41, dan Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy, 41.
Sivasutan meninggalkan seorang balu manakala Mohd Shahrizan meninggalkan seorang balu dan tiga cahaya mata berusia 15 hingga 21 tahun sementara Noorfarahimi meninggalkan suami dan tiga anak berusia 9 hingga 16 tahun.
Dalam pada itu Sivanesan berkata kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada waris mangsa tragedi itu dan berharap mereka tabah menghadapi dugaan yang berlaku.
Dalam kejadian 9.32 pagi semalam, 10 anggota dan pegawai TLDM maut dalam tragedi dua helikopter terhempas ketika sedang menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Ulang Tahun Hari Terbuka TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nahas helikopter Lumut
#Kerajaan Negeri Perak
#bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga mangsa
#waris
#A Sivanesan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan