awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas helikopter Lumut: Sambutan Ulang Tahun TLDM dibatal

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
23/04/2024
10:01 MYT
Nahas helikopter Lumut: Sambutan Ulang Tahun TLDM dibatal
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, acara sambutan akan diganti dengan majlis tahlil dan doa selamat yang akan diadakan Jumaat ini. - Gambar fail
LUMUT: Semua acara sempena sambutan Ulang Tahun ke-90 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dijadualkan bermula Jumaat ini dibatalkan, susulan nahas helikopter mengorbankan 10 kru di Pangkalan TLDM Lumut, hari ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebaliknya ia akan diganti dengan majlis tahlil dan doa selamat yang akan diadakan Jumaat ini.
Menurutnya, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang merupakan Kepten Yang Dipertua TLDM akan berangkat ke majlis tahlil itu.
"Kita batalkan (acara sambutan), kita gantikan dengan majlis doa selamat pada hari Jumaat ni, tahlil dan doa selamat. Ini atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang merupakan Kepten Kehormat TLDM," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat lokasi nahas di Stadium TLDM Lumut pada Selasa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: 10 korban, dua helikopter bertembung
Beliau yang turut mengadakan pertemuan dengan keluarga mangsa memberi jaminan kerajaan akan membantu mereka
"Kita pihak kementerian, ATM dan TLDM akan menguruskan, bukan sahaja membantu menguruskan jenazah tetapi juga kita akan lihat kepada segala manfaat dan juga faedah-faedah yang sememangnya wajar diterima oleh balu dan juga keluarga mangsa," katanya.
Menurutnya kesemua mangsa akan dikebumikan di lokasi mengikut permintaan keluarga masing-masing.
Topic Berkaitan
#nahas helikopter Lumut
#Khaled Nordin
#Sambutan ulang tahun TLDM
#batal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan