awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
Palestin mohon mesyuarat tergempar Liga Arab susulan keputusan Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas helikopter Taman Melawati: Muhyiddin rakam ucapan takziah

Bernama
Bernama
08/11/2020
12:18 MYT
Nahas helikopter Taman Melawati: Muhyiddin rakam ucapan takziah
Perdana Menteri berkata beliau amat sedih apabila mendapat berita mengenai dua individu yang terkorban dan dua lagi cedera dalam nahas itu. - Foto BERNAMA
HULU KELANG:Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keluarga hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter yang berlaku di Taman Melawati dekat sini hari ini.
Muhyiddin dalam hantaran Facebook beliau berharap keluarga mangsa tabah dalam menghadapi ujian itu.
Perdana Menteri berkata beliau amat sedih apabila mendapat berita mengenai dua individu yang terkorban dan dua lagi cedera dalam nahas itu.
Muhyiddin turut mendoakan kedua-dua yang cedera tersebut diberikan kesembuhan segera.
Sumber Facebook ts.muhyiddin
LAPOR LANGSUNG: Helikopter terhempas di Taman Melawati
Kemalangan itu membabitkan dua helikopter (9M-HCA & 9MHCB) jenis G2CA yang berlaku ketika kedua-dua pesawat tersebut sedang melakukan latihan penerbangan setelah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang dengan setiap pesawat membawa dua orang.
Sebuah daripada pesawat itu terhempas dan meragut nyawa bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia Mohamed Sabri Baharom, 56, yang beralamat di Wangsa Melawati serta Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 41, beralamat di Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.
Dua yang terselamat ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad Datuk Ahmad Jauhari Yahya, 66, dan Tan Chai Elan, 51, yang menaiki sebuah lagi helikopter model 9M-HCA selepas berjaya melakukan pendaratan cemas di kawasan berdekatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#terhempas
#Nahas
#cedera
#nahas helikopter
#kemalangan udara
#kemalangan
#nahas udara
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan