awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas helikopter Taman Melawati: Polis rekod keterangan tujuh saksi, 20 lagi akan dipanggil

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
09/11/2020
09:11 MYT
Nahas helikopter Taman Melawati: Polis rekod keterangan tujuh saksi, 20 lagi akan dipanggil
Mohamad Farouk Eshak meminta orang ramai supaya tidak berkongsi video atau gambar berkait kejadian itu di media sosial bagi mengelakkan sebarang spekulasi. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Polis setakat ini telah merekodkan percakapan tujuh saksi berhubung insiden helikopter terhempas berhampiran Taman Melawati, Ulu Kelang, pada Ahad yang meragut dua nyawa.
Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, selain itu 20 lagi saksi yang telah dikenal pasti akan dipanggil dalam masa terdekat untuk direkodkan keterangan.
"Polis masih menjalankan siasatan dari pelbagai sudut.
"Ekoran itu kita menasihati orang ramai supaya tidak berkongsi video atau gambar berkait kejadian itu di media sosial bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan komen-komen tidak wajar yang boleh menganggu siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
Mengulas lanjut, Mohamad Farouk memaklumkan bedah siasat ke atas Mohamamed Sabri Baharom yang merupakan juruterbang helikopter itu selesai kira-kira pukul 11 pagi sementara Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, yang duduk di tempat penumpang selesai kira-kira dua jam kemudian.
Keputusan penuh hasil bedah siasat katanya, dikemukakan sejurus mendapat laporan penuh makmal dalam masa terdekat.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden itu diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," ujarnya.
Selain itu, maklumat juga boleh disalurkan menerusi talian 03-4289 7343 atau 03-4289 7344.
Topic Berkaitan
#helikopter terhempas
#Terbunuh
#masih dalam siasatan
#bedah siasat
#IPD Ampang Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan