Nahas helikopter Taman Melawati: Polis sahkan identiti dua mangsa maut

Astro Awani
November 8, 2020 05:54 MYT
ACP Mohamad Farouk Eshak berkata, dua mangsa yang maut adalah Mohd Irfan Mohamed Rawi dan Mohd Sabri Baharom. - Foto Astro AWANI
HULU KELANG: Polis mengesahkan identiti dua mangsa yang maut dalam nahas helikopter di Ampang pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak berkata, dua mangsa yang maut adalah Mohd Irfan Mohamed Rawi dan Mohd Sabri Baharom.
Manakala, dua mangsa yang terselamat adalah Datuk Ahmad Jauhari Yahya yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAS) dan Tan Chai Eian.
Beliau pada masa sama turut menyerahkan siasatan terperinci kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Beliau berkata demikian dalam sidang media di lokasi kejadian sebentar tadi.
LAPOR LANGSUNG: Helikopter terhempas di Taman Melawati
#ACP Mohamad Farouk Eshak #Ahmad Jauhari Yahya #penerbangan #Nahas #siasatan #helikopter #nahas helikopter #nahas helikopter Taman Melawati #Taman Melawati
Outbrain