awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas helikopter TLDM: Keluarga Faisol reda terima hasil laporan siasatan

Bernama
Bernama
30/05/2024
08:45 MYT
Nahas helikopter TLDM: Keluarga Faisol reda terima hasil laporan siasatan
Noryani Tamadun menunjukkan beliau bergambar bersama adik bongsunya, Muhammad Faisol Tamadun ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanjung, di Sik pada 23 Apri lalu. - Gambar fail/bernama
SIK: Keluarga salah seorang mangsa yang terkorban dalam nahas membabitkan dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak April lepas, berlapang dada serta menerima laporan akhir siasatan yang dikeluarkan hari ini dengan reda.
Noryani Tamadun, 50, yang merupakan kakak sulung kepada Allayarham Pegawai Waran II, Muhammad Faisol Tamadun, 36, berkata beliau sudah membaca laporan penuh berhubung insiden berkenaan pagi tadi.
"Saya dah baca laporan itu. Sama seperti laporan awal yang dikeluarkan sebelum ini, saya sekeluarga menerimanya dengan reda. Saya anggap apa yang berlaku itu sebagai kehendak dan ketentuan Allah dan kita perlu banyak bersabar," katanya ketika dihubungi Bernama.
Allahyarham Muhammad Faisol yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik berasal dari Kampung Tanah Hitam di sini, meninggalkan seorang balu dan dua anak perempuan.
Dalam tragedi 23 April lepas 10 anggota dan pegawai TLDM terdiri daripada tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) serta tiga kru Fennec TLDM terkorban selepas helikopter dinaiki terbabit insiden semasa menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, dan laporan lembaga siasatan insiden itu dikeluarkan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nahas helikopter TLDM
#Muhammad Faisol Tamadun
#keluarga reda
#sik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan